Chrysemys
Chrysemys

Chrysemys

C. p. bellii[3]
C. p. dorsalis[3][nb 1]
C. p. marginata[3]
C. p. picta[3]Chrysemys juga dikenali sebagai Painted Turtle (Bahasa Melayu: Kura-kura Berwarna)[7] ialah kura-kura endemik (berasal) dari utara Amerika. Mendiami kawasan air payau, dari selatan Kanada ke Louisiana dan utara Mexico, dan dari Atlantik hingga ke Pasifik. Kura-kura ini ialah spesies (Monotip) dari genus Chrysemys, iaitu sebahagian keluarga Emydidae. Rekod fosil menunjukkan kura-kura ini telah wujud lebih 15 juta tahun dahulu. Terdapat empat subspesies berdasarkan kawasan geografi, telah dikenalpasti iaitu Timur (eastern), Pertengahan (midland), Selatan (southern) dan Barat (western) yang berevolusi semasa Zaman Air Batu Akhir.Kura-kura betina dewasa mencapai sehingga 10–25 cm (4–10 in) panjang; jantan lebih kecil. Bahagian karapas kura-kura ini berwarna gelap dan licin. Kulitnya berwarna hitam zaitun dengan tanda merah, jingga atau belang kuning. Subspesies dibezakan oleh cangkerangnya: eastern mempunyai garisan pada setiap segmen cangkerang di karapas; midland mempunyai tanda kelabu gelap pada plastronnya; southern mempunyai garisan merah pada karapasnya; western mempunyai corak merah pada plastronnya.Kura-kura ini bersifat maserba, makanan utamanya seperti algae dan haiwan kecil seperti serangga, krustasia, dan ikan. Semasa kecil, sering menjadi mangsa oleh rodensia, anjing, dan ular. Kura-kura ini sering dilihat berjemur berjam-jam di atas batu dan longgokan kayu pada siang hari. Berhibernasi pada musim sejuk, di dalam lumpur dasar tasik atau sungai. Mengawan pada musim bunga dan luruh. Kura-kura betina bertelur antara penghujung musim bunga dan pertengahan musim panas. Mencapai kematangan: 2–9 tahun bagi jantan, 6–16 bagi betina.Kura-kura liar yang dijumpai boleh hidup sekitar 55 tahun.

Rujukan

WikiPedia: Chrysemys http://blog.conservancy.bc.ca/2010/08/protecting-t... http://www.env.gov.bc.ca/okanagan/esd/atlas/specie... http://www.hat.bc.ca/stewardship-projects/stewards... http://www.cbc.ca/news/canada/saskatchewan/record-... http://cfs.nrcan.gc.ca/subsite/glfc-amphibians/chr... http://dsp-psd.pwgsc.gc.ca/Collection/CW69-14-505-... http://www.sararegistry.gc.ca/species/speciesDetai... http://www.sararegistry.gc.ca/species/speciesDetai... http://www.boissevainrecorder.mb.ca/placed%20news/... http://museum.gov.ns.ca/amphibians/en/turtles/pain...