Sajian Daging_itik

Daging itik digunakan dalam beraneka sajian di serata dunia, kebanyakannya melibatkan proses memanggang sekurang-kurangnya sebagai sebahagian proses memasak untuk merangupkan kulitnya. Sajian daging itik terpenting termasuklah:

  • Foie gras: hati yang diperkaya, atau pâté yang dibuat daripada hati, kadang-kala diambil dari itik tetapi lazimnya dari angsa
  • Daging itik Peking: hidangan Cina yang mana daging itik panggang disajikan dengan penkek dan sos hoisin
  • Turducken: hidangan Amerika Syarikat yang terdiri daripada ayam belanda, disumbat daging itik yang pula disumbat ayam.
  • Confit: kaki itik yang diawet dengan garam, kemudian diperap dan direbus dalam lemak itik, biasanya dengan bawang putih dan herba-herba lain. Perkataan Perancis confit bermaksud "diawet," dan nama Perancis bagi hidangan ini ialah "confit de canard."
  • Kamonabe (かもなべ·鴨鍋): hidangan Jepun, Nabemono dengan daging itik
  • Kamonamba atau Kamonamban (かもなんば·かもなんばん·鴨南蛮): hidangan Jepun, udon atau Soba dengan itik dan bawang.