Kerjaya Daiyan_Trisha

Daiyan mula bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air pada 2013 ketika berusia 20 tahun. Beliau pertama kali mendapat perhatian umum menerusi telefilem bertajuk Dee yang bersiaran di Astro Ceria.[2] Telefilem ini turut melahirkan sebuah siri TV dengan judul sama yang disiarkan pada 2015.[6]

Kerjaya filem beliau bermula pada 2015 menerusi filem drama komedi Girlfriend Kontrak arahan pengarah kelahiran Australia, Virginia Kennedy lakonan Nur Risteena dan Keith Foo.[7] Sebagai penyanyi, Daiyan telah merakamkan beberapa lagu dan single termasuk "Kerana Kau", "Cinta Suka Sayang Kamu" dan "Kita Manusia". Beliau juga berduet bersama penyanyi Indonesia, Calvin Jeremy menerusi lagu "Kita".[8]

Dari November 2017 sehingga Januari 2018, Daiyan membawakan peranan pembantu sebagai Ira dalam drama My Coffee Prince arahan Michael Ang, lakonan Fattah Amin dan Janna Nick, adaptasi dari drama Korea Selatan 2007, The 1st Shop of Coffee Prince.

Filem kedua beliau, Busker yang menggandingkan beliau bersama Hafeez Mikhail ditayangkan pada 11 Januari 2018, yang mana Daiyan memegang watak sebagai Vera.[9][10]

Daiyan menjadi bintang utama bersama Aliff Aziz dalam drama Sejuta Rasa Buat Adelia, adaptasi dari novel Ulam Kasih Sambal Cinta karya Norzailina Nordin. Beliau memegang watak sebagai Adelia Naurah, seorang cef di Malay Kitchen.[11]

Rujukan

WikiPedia: Daiyan_Trisha http://infobergetar.blogspot.com/2018/05/drama-sej... http://www.budiey.com/telefilem-dee-padat-dengan-k... http://www.imdb.com/name/nm7728040/ http://www.themalaymailonline.com/showbiz/article/... http://www.themalaymailonline.com/showbiz/article/... http://www.astrogempak.com.my/artikel/2969/dua-tah... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/daiyan-trish... http://www.utusan.com.my/hiburan/ada-apa-dengan-da... https://www.facebook.com/officialdaiyantrisha https://www.instagram.com/daiyantrisha/