Désert
Désert

Désert

"Désert" (bermaksud "gurun" dalam Bahasa Melayu) ialah sebuah lagu yang telah ditulis oleh penyanyi serta pengkarya lagu Perancis, Émilie Simon. Lagu tersebut ialah sebuah lagu berbahasa Perancis dengan gaya muzik elektronik. Lagu tersebut merupakan lagu pertama dalam senarai lagu untuk album Émilie Simon. Lagu "Désert" telah dilancarkan sebagai single sulung dari album studio pertamanya, Émilie Simon."Désert" merupakan sebuah kejayaan untuk Émilie Simon di tanah airnya, dari segi kritikal dan komersial. Pada tahun 2006, sebuah lagu bertajuk "Desert" iaitu lagu "Désert" versi Bahasa Inggeris telah dilancarkan di Amerika Syarikat sebagai single. Single tersebut merupakan single kedua yang dikeluarkan daripada album himpunan, The Flower Book."Désert" telah dipasarkan dengan format cakera padat dan rekod vinil serta cakera padat maxi-single dengan set senarai lagu yang berbeza.