Emosi_(album_Sheila_Majid)
Emosi_(album_Sheila_Majid)

Emosi_(album_Sheila_Majid)

Emosi merupakan album studio kedua hasil nukilan Sheila Majid yang dikeluarkan pada tahun 1986. Album ini diterbitkan oleh Roslan Aziz di bawah label syarikat rakaman EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. Antara barisan penggubah lagu dan penulis lirik yang menjayakan album ini ialah Azlan Abu Hassan, Johan Nawawi, Manan Ngah, Mazlan Hamzah dan ramai lagi. Setahun selepas pengeluaran album ini, beliau telah memenangi Anugerah BASF untuk kategori Artis Wanita Terbaik dalam R&B pada tahun 1987 yang belum pernah dimenangi oleh artis bukan Indonesia sebelumnya.[1] Lagu Sinaran telah dirakamkan di Jepun serta menjadi lagu single bagi album ini.