Sejarah Empayar_Carolus

Penubuhan

768-814: Zaman Perkembangan, kemunculan Charlemagne dan peluasan kuasanya

Kenaikan takhta Charlemagne sebagai maharaja memulakan suatu zaman yang meluaskan kuasanya sebesar rantau Eropah Barat sendiri dengan banyak peperangan yang dipimpin beliau menewaskan banyak orang-orang Jermanik sejauh sungai Elbe.[3][4] Baginda menakluk kerajaan Langobard pada tahun 774 dan menakluki Bavaria pada tahun 788 serta kawasan milik orang-orang Sachsen dari tahun 772 sehingga 804. Baginda putera sulungnya Pippin der Buckelige diaran memerangi orang Avar pada tahun 795.

Perjanjian Verdun serta pembahagian utama kerajaan

Suatu persetiaan dibuat di Strasbourg pada tahun 842 antara Ludwig II dan Karl II sebagai menidakkan taraf kakanda mereka Lothair I. Ia memulakan pembahagian antara kawasan Barat dan Timur dalam empayar ini, ia sendirinya dilihat sebagai titik mulanya kewujudan negara-negara Perancis dan Jerman.[5] Suatu perjanjian dimeterai di Verdun pada 843 di mana tiga putera Ludwig II - Ludwig III, Karlmann dari Bavaria and Karl III - diagihkan tanggungjawab memerintah kedua-dua kawasan ini sebagai meleraikan perbalahan tersebut.[6]

881-888: Kejatuhan dan pemecahan kerajaan

Karl III dinobatkan sebagai maharaja terakhir empayar ini pada tahun 881. Baginda mempunyai kelemahan yang sangat ketara di mana keadaan jasmani baginda tidak sahaja sering dalam keadaan keletihan dan gemuk (maka baginda turut mendapat jolokan "Karl/Charles yang Gemuk"), tetapi baginda juga disyaki gering mengalami epilepsi; kedua-dua keadaan ini menjadikan baginda suatu tokoh yang tidak begitu mampu melawan dengan cekap terutamanya melawan kaum Viking yang menjarah kawasan taklukannya. Arnolf von Kärnten, anak kepada Karlmann iaitu mamanda Karl, mengisytiharkan suatu pemberontakan ke atas angkatan baginda - Karl III segera mengalah dan melarikan diri ke sebuah kampung bernama Neidingen (kini di Baden-Württemberg, Jerman), di sanalah baginda mangkat pada tahun 888 Masihi.

Empayar yang ditinggalkan Karl ini tiada pewaris menerus yang sah, maka kerajaan ini dipecahkan kepada beberapa orang besar:[7]