Rawatan Endometriosis

Pada masa kini, tiada rawatan bagi endometriosis, sungguhpun bagi sesetengah pesakit menopause (secara semulajadi atau pembedahan) akan mengurangkan proses ini. Bagaimanapun, histerektomi dan/atau membuang ovari tidak menjamin bahawa kawasan endometriosis dan/atau simptom endometriosis tidak akan berulang. Rawatan konservatif biasanya cuba menangani kesakitan atau isu kemandulan. Rawatan herbal perubatan kadang-kala boleh berkesan bagi mengawal penyakit ini.

Rawatan bagi sakit endometriosis termasuk:

  • NSAID dan ubat tahan sakit yang lain: Ia sering amat berkesan kerana ia tidak hanya menguruangkan sakit tetapi juga aliran haid. Ia biasanya digunakan bersama terapi lain. Bagi kes teruk, dadah preskripsi narkotik mungkin digunakan.
  • Gonadotropin Pembebas Hormon - Gonadotropin Releasing Hormone (GnRH) Agonist: Agen ini bertindak dengan meningkatkan aras GnRH. Stimulasi berterusan penerima GnRH menyebabkan kelonggaran pengawalan (downregulation). Ini menyebabkan pengurangan FSH dan LH, dengan itu mengurangkan aras estrogen dan progesterone.
  • Ia dicadangkan tetapi tidak terbukti bahawa mengandung dan kelahiran anak mampu menghentikan endometriosis.
  • Terapi pemendam hormon: Pendekatan ini cuba menghapuskan atau mengurangkan aliran haid dan sokongan estrogen. Biasanya ia diperlukan bagi beberapa bulan atau tahun.