Endometriosis


Endometriosis adalah keadaan perubatan yang membabitkan sekitar 89 juta wanita dalam usia melahirkan anak diseluruh dunia. Bagi endometriosis, tisu yang melitupi bahagian dalam uterus (endometrium, dari perkataan endo, "dalam", dan metra, "rahim") didapati tumbuh di luar uterus, pada atau kawasan lain badan. Biasanya, endometrium tanggal setiap bulan semasa kitaran haid; tetapi, bagi endometriosis, endometrium yang salah letak tidak mampu keluar dari badan. Tisu endometriotic masih tanggal dan berdarah, tetapi hasilnya berbeza: pendarahan dalaman, penguraian darah dan tisu yang tanggal, keradangan kawasan sekitar, sakit dan kemungkinan pembentukan tisu parut. Tambahan lagi bergantung kepada tempat tumbuh, berlaku gangguan kepada fungsi biasa bagi perkumuhan najis, pundi kencing, usus kecil dan organ lain dalam ruang pelvik mungkin berlaku. Dalam kes jarang, endometriosis mungkin berlaku pada kulis, paru-paru, diaphragm, dan otak.[perlu rujukan]

Endometriosis

ICD-10 N80..9
ICD-9 617.0