Erwin_von_Witzleben
Erwin_von_Witzleben

Erwin_von_Witzleben

Job Wilhelm Georg Erdmann Erwin von Witzleben (4 Disember 1881 – 8 Ogos 1944) adalah seorang Fil Marsyal Jerman semasa Perang Dunia II. Pada September 1939, Generaloberst Witzleben, mengambil alih Tentera Darat Pertama Jerman yang bertempat di Perbatasan Barat. Apabila Jerman menyerang Perancis pada 10 Mei 1940, Tentera Darat Pertama adalah sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat C. Pada 14 Jun ia menerobos masuk ke Garis Maginot, dan dalam masa 3 hari telah memaksa beberapa divisyen Perancis menyerah kalah. Beliau adalah salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai kanan ke-8 dalam senioriti Tentera Darat JermanPada tahun 1941 beliau juga dilantik sebagai Panglima Tertinggi OB West, menggantikan Generalfeldmarschall Gerd von Rundstedt, tetapi setahun kemudian melepaskan jawatannya atas alasan kesihatan. Namun, sesetengah sumber mendakwa beliau telah dipaksa bersara selepas mengkritik kerajaan kerana menceroboh Soviet Union pada 22 Jun 1941. Seorang konspirator utama dalam Plot 20 Julai,[1] beliau telah dicalonkan sebagai Panglima Tertinggi Wehrmacht didalam kerajaan pasca Nazi jika plot itu berjaya. Pada 8 Ogos 1944, selepas dibicarakan oleh "Mahkamah Rakyat" (Volksgerichtshof), Witzleben telah dihukum gantung sampai mati di Penjara Plötzensee, Berlin.

Erwin_von_Witzleben

Pangkat Generalfeldmarschall
Nama lahir Job Wilhelm Georg Erdmann Erwin von Witzleben
Anugerah Knight Cross of the Iron Cross
Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern
Tahun perkhidmatan 1901–1944
Unit Infantri
Kesetiaan  Empayar Jerman (hingga 1918)
 Republik Weimar (hingga 1933)
 Jerman Nazi
Pertempuran Perang Dunia I
Perang Dunia II
Meninggal dunia 8 Ogos 1944(1944-08-08) (umur 62)
Penjara Plötzensee, Berlin,
Jerman Nazi
Kelahiran (1881-12-04)4 Disember 1881
Breslau, Empayar Jerman
Arahan Tentera Darat Pertama, 1939-40
Kumpulan Tentera Darat D, 1940-41
Angkatan Tentera Barat, 1941-42
Perkhidmatan Heer