bahasa & rujukanBacillus coli communis
Escherich 1885
Escherichia coli (biasanya diringkaskan kepada
E. coli; disebut / ˌ
/[invalid input: 'icon']ˌɛʃəˈrɪkiə ˈkoʊlaɪ/ /, dinamakan bersempena dengan
Theodor Escherich) adalah
bakteria gram negatif berbentuk batang/basilus/rod yang umum ditemui di usus bawah organisma
berdarah panas (endotermik). Kebanyakan strain E. coli tidak berbahaya, tetapi terdapat beberapa jenis/strain, seperti
serotip O157: H7, boleh menyebabkan
keracunan makanan yang serius pada manusia, dan kadang-kala ini menyebabkan produk makanan
dipanggil balik.
[1][2] Strain tidak berbahaya ini sebenarnya adalah sebahagian daripada unsur alam flora
usus yang normal bersama dengan jenis bilion strain yang jahat dan baik yang lain. Strain ini juga boleh menguntungkan perumah mereka dengan menghasilkan vitamin K2,
[3], dan dengan mencegah pembentukan bakteria
patogen dalam usus.
[4][5]E. coli tidak hanya terbatas untuk hidup di usus sahaja, strain ini juga berkemampuan untuk bertahan hidup bagi jangka masa yang singkat di luar tubuh lantas membuatkan mereka suatu jenis organisma penunjuk yang ideal untuk menguji sampel persekitaran bagi
pencemaran najis seperti
tahi.
[6][7] Bakteria ini juga boleh berkembang biak dengan mudah, dan genetiknya mudah untuk dimanipulasikan atau digandakan melalui proses
metagenik, menjadikannya salah satu daripada model organisma terbaik
prokariotik untuk didalami dan dipelajari, dan merupakan spesies penting dalam bidang kajian bioteknologi dan mikrobiologi.E. coli ditemui oleh seorang doktor watan Jerman dan ahli bakteriologi iaitu
Theodor Escherich pada tahun 1885
[6] and is now classified as part of the
Enterobacteriaceae family of
gamma-proteobacteria.
[8], dan sekarang strain ini diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada
Enterobacteriaceae dalam keluarga
gamma-proteobakteria.
[9]