Federalisme (disebut [fé.dé.ra.lis.mĕ],
Bahasa Inggeris: federalism) atau
fahaman persekutuan merupakan sebuah
bentuk pemerintahan campuran atau majmuk yang menggabungkan sebuah
pemerintahan peringkat utama (baik pemerintah/kerajaan yang
pusat atau persekutuan) dengan pemerintahan peringkat rangkuman wilayah (
negeri atau sub-unit pemerintahan yang lain) dalam sebuah sistem politik
persekutuan lalu boleh ditakrifkan sebagai sebuah bentuk pemerintahan yang terbahagi kuasanya antara dua peringkat pemerintah atau kerajaan yang sama taraf.
[1] Golongan yang mengikut fahaman ini dan menyokong penubuhan
pemerintahan persekutuan dikenali dengan nama
federalis.Konsep pentadbiran ini adalah berbeza dengan pemerintahan dalam sistem
konfederalisme yang mana pada peringkat umumnya ditanggungjawab (atau "subordinat") kepada peringkat wilayah mahupun
pemerintahan diturunkan kuasa dalam sebuah
negara kesatuan yang mana pemerintahan peringkat wilayah bersifat subordinat kepada peringkat umum.
[2] Ia mewakili bentuk pusat dalam laluan persepaduan atau pemisahan wilayah yang terbatas pada sisi yang kurang bersepadu oleh fahaman konfederasi dan pada sisi yang lebih bersepadu oleh penurunan kuasa dalam sebuah negara kesatuan.
[3]Contoh sebuah
persekutuan atau negara persekutuan termasuklah
Amerika Syarikat,
India,
Brazil,
Malaysia,
Mexico,
Rusia,
Jerman,
Kanada,
Switzerland,
Argentina,
Nigeria dan
Australia. Ada orang mencirikan
Kesatuan Eropah sebagai contoh perintis fahaman persekutuan dalam persekitaran berbilang negara, dalam sebuah konsep yang disebut sebagai persekutuan negara.