Aplikasi Foton

Konsep foton ini telah membawa kepada penemuan-penemuan menakjubkan di dalam uji kaji dan teori fizik, seperti laser, pemeluwapan Bose-Einstein, teori medan kuantum dan tafsiran kebarangkalian bagi mekanik kuantum. Menurut model piawai dalam fizik zarah, foton bertanggungjawab menghasilkan semua medan elektrik dan magnetik dan foton itu sendiri terhasil daripada hukum fizik yang memerlukan simetri tertentu pada setiap titik dalam ruangmasa. Sifat intrinsik foton seperti cas, jisim dan putaran adalah ditentukan oleh sifat ukuran simetri ini. Konsep foton digunapakai di dalam pelbagai bidang seperti fotokimia, mikroskopi berpeleraian tinggi dan pengukuran jarak di antara molekul. Kebelakangan ini, foton telah dikaji sebagai unsur di dalam komputer kuantum dan juga perhubungan optik seperti kriptografi kuantum.