Tatanama Foton

Foton pada asalnya dipanggil "kuantum cahaya" (Bahasa Jerman: das Lichtquant) oleh Albert Einstein.[3] Nama moden foton berasal dari perkataan Yunani untuk cahaya, φῶς, (disebut phôs), dan direka pada tahun 1926 oleh ahli kimia fizikal Gilbert N. Lewis yang menerbitkan satu teori spekulatif[4] yang mengatakan bahawa foton "tidak tercipta dan tidak termusnah". Walau bagaimanapun, teori beliau tidak diterima kerana bercanggah dengan banyak ujikaji seterusnya, nama barunya itu kekal digunapakai oleh banyak ahli fizik yang lain. Isaac Asimov menyatakan bahawa Arthur Compton ialah orang yang bertanggungjawab mentakrif kuantum cahaya sebagai foton pada tahun 1927.[5][6]

Foton sering ditulis menggunakan simbol γ {\displaystyle \,\gamma } (gama). Di dalam fizik bertenaga tinggi simbol ini selalunya digunakan untuk foton daripada sinar gama yang memiliki tenaga tinggi (kuantum gama) manakala foton Rontgen di dalam cabang fizik ini diberikan simbol X (b. Inggeris: X-ray). Foton turut ditakrif melalui tenaga yang dimilikinya dengan simbol h ν {\displaystyle h\,\nu } atau ℏ ω {\displaystyle \hbar \omega } . Di sini h {\displaystyle \,h} ialah pemalar Planck dan ν {\displaystyle \,\nu } ialah frekuensi cahaya, manakala dalam takrif kedua ℏ = h / ( 2 π ) {\displaystyle \hbar =h/(2\pi )} dan ω = 2 π ν {\displaystyle \,\omega =2\pi \nu } , iaitu frekuensi sudut.