Sejarah Foton

Konsep moden foton telah dibangunkan oleh Albert Einstein secara beransur-ansur dari tahun 1905 hingga ke 1917 untuk menjelaskan pemerhatian dalam uji kaji yang tidak padan dengan model cahaya dalam gelombang klasik. Ketidakpadanan ini terhasil terutamanya dalam model foton yang turut mengambil kira kebergantungan tenaga cahaya terhadap frekuensi dan menjelaskan keupayaan jirim dan sinaran untuk berada di dalam keseimbangan terma. Ahli-ahli fizik yang lain turut berusaha untuk menjelaskan pemerhatian janggal dalam model-model separa klasik yang masih menerangkan cahaya menggunakan persamaan Maxwell tetapi objek-objek berjirim yang memancar dan menyerap cahaya adalah boleh dikuantumkan. Walaupun model separa klasik ini menyumbang terhadap perkembangan mekanik kuantum, uji kaji lanjut yang dijalankan telah membuktikan hipotesis Einstein bahawa cahaya itu sendiri telah dikuantumkan dan kuantum-kuantum cahaya ialah foton.