Biografi H._G._Wells

Awal hidup dan pendidikan

Herbert lahir di in Bromley, Kent[7] pada 21 September 1866.[8] Beliau anak bongsu dalam empat adik beradik kepada Joseph Wells, seorang pemain kriket sambilan untuk kaunti Kent[9] dan Sarah Neill, bekas pembantu rumah; mereka menguruskan sebuah kedai barangan tembikar, namun mereka tetap miskin kerana kurangnya untung.[10] Suatu kemalangan ketika bermain kriket sehingga menyebbakan pahanya patah memaksa ayahnya berhenti, lalu kesemua anaknya digesa mengambil pekerjaan demi menyara hidup masing-masing.

Jiwa Herbert sering merasa bermasalah akibat perkahwinan ibu bapa Herbert yang kucar-kacir berikutan perbezaan agama mereka - ibunya Sarah seorang penganut mazhab Protestan manakala ayahnya Joseph seorang pemikir bebas (freethinker). Perkara ini memburuk apabila ibunya kembali bekerja sebagai seorang pembantu rumah di Uppark, Sussex dengan syarat dia tidak dibenarkan berkongsi kediaman dengan ahli keluarga lain, maka dia hidup terpisah daripada Joseph dan anak-anak mereka, namun mereka masih setia kepada satu sama lain.

Rasa keberasingan serta hubungan kekluargaan yang agak renggang ini amat menggangu perasaannya sehingga menjejaskan pekerjaan sambilan Herbert: beliau bekerja sebagai seorang pedagang kain langsir serba daif di Southsea Drapery Emporium, Hyde's,[11][12] Windsor dari tahun 1880 sehingga dia dipecat tuannya pada 1883.[10] Beliau kemudian menjadi pembantu seorang ahli kimia dan dia menjadi penjaga pintu di Midhurst Grammar School.[10] Beliau sering ke perpustakaan di Uppark sebagai melarikan diri dari kesusahan hidup bekerja sambil dia menelaah banyak buku sastera klasik dari nukilan Plato sampai ke Thomas More dan Daniel Defoe.[13] Di sinilah minatnya kepada penulisan mula berputik.

Saat umurnya mencapai usia 18 tahun, Wells memperoleh biasiswa meneruskan pengajiannya dalam bidang biologi di Normal School of Science (kemudian disebut Royal College) di Kensington Selatan, London.[10] Wells lulus dari Universiti London tahun 1888.[10]

Kerjaya perguruan

Kerjaya penulisan, kemasyhuran

Pada 30 Oktober 1938, salah satu novelnya The War of the Worlds diadaptasikan menjadi suatu drama radio arahan Orson Welles disiarkan melalui rangkaian radio CBS Radio Network. Kejayaan pementasan radio ini melonjak karya ini sehingga dikenali orang ramai; Herbert menghadiri wawancara bersama Orson dalam stesen radio KTSA San Antonio, Texas hampir genap dua tahun kemudian pada 28 Oktober di mana beliau mengucapkan penghargaan kepada Welles atas usaha adaptasi ini.[14]

Senja hidup

Pada tahun 1934, Wells mengasaskan bersama The Diabetic Association (kini Diabetes UK) yang bertindak sebagai suatu pertubuhan amal untuk penghidap kencing manis di United Kingdom;[15] beliau sendiri mengnghidap penyakit ini.[16]

Wells meninggal dunia pada usia 79 tahun tanggal 13 Ogos 1946 di kediamannya beralamat 13 Hanover Terrace bersebelahan Regent's Park, London.[17][18] Abu bakaran mayatnya ditabur di Selat Inggeris berdekatan bentukan batu kapur "Old Harry Rocks".[19]

Rujukan

WikiPedia: H._G._Wells http://trove.nla.gov.au/work/109159974?q&versionId... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/639453/H... http://www.britannica.com/eb/article-9076509/H-G-W... http://books.google.com/books?id=IRw_MIPjnXwC&pg=P... http://www.sf-encyclopedia.com/entry/wells_h_g http://home.att.net/~cimmeria/calendar.html http://www.amemorytree.co.nz/personnotices.php?per... //archive.org/search.php?query=((subject:%22Wells,... http://www.gutenberg.org/author/Wells,+H.+G.+(Herb... http://librivox.org/author/146