HAL_Tejas
HAL_Tejas

HAL_Tejas

HAL Tejas (Sanskrit:   तेजस् (bantuan·maklumat): "Radiance") merupakan sebuah pesawat pejuang pelbagai peranan yang dibangunkan oleh India. Ia merupakan sebuah pesawat yang tidak mempunyai satah ekor,[1] bersayap delta yang dengan satu enjin. Pada asalnya, ia dikenali sebagai Pesawat Tempur Ringan (PTR) – satu designasi yang masih popular digunakan – pesawat ini kemudian secara rasminya dinamakan sebagai "Tejas".[2] oleh Perdana Menteri Atal Bihari Vajpayee pada 4 Mei 2003.[3]Siri pengeluaran terhad pesawat Tejas bermula pada 2007; ia kini dijangka akan mencapai kelulusan operasi awal terhad dengan Tentera Udara India pada 2008, diikuti dengan kelulusan operasi penuh pada hujung tahun 2010.[4] Versi latihan dua tempat duduk juga dibangunkan, yang mana juga boleh dioperasikan di atas kapal pengangkut pesawat milik Tentera Laut India. Tentera Udara India dilaporkan memerlukan 200 buah pesawat satu tempat duduk dan 20 buah pesawat latihan dua tempat duduk. Sementara itu, Tentera Laut India mungkin akan memesan sehingga 40 buah pesawat satu tempat duduk bagi mengantikan angkatan pesawat Sea Harrier FRS.51 dan Harrier T.60.[5]Versi tentera laut dijangka akan diterbangkan pada 2009.[6]Melalui penggunaan teknik rekabentuk moden, bahan ringan dan komposit, Tejas dijangka akan menjadi pesawat pejuang moden paling ringan yang sedang dikeluarkan.

Rujukan

WikiPedia: HAL_Tejas http://www.aviationfans.com/node/17 http://media.bharat-rakshak.com/aero/AeroIndia2005... http://media.bharat-rakshak.com/aero/AeroIndia2007... http://media.bharat-rakshak.com/aero/AeroIndia2007... http://www.bharat-rakshak.com/MONITOR/ISSUE3-5/sai... http://www.bharat-rakshak.com/MONITOR/ISSUE3-5/wol... http://www.bitsoftsystems.com/mydocs/Avionics%20Mi... http://www.domain-b.com/aero/report_details.aspx?i... http://www.fighter-planes.com/info/lca.htm http://www.flonnet.com/fl2226/stories/200512300025...