Penceritaan Harry_Potter

Novel ini lebih kepada genre sastera khayalan. Walau bagaimanapun, dalam banyak perkara, ia juga adalah Bildungsroman, novel pendidikan, yang berkisar di Sekolah Sihir Hogwarts, sebuah sekolah berasrama penuh British bagi ahli sihir, yang kurikulumnya merangkumi sihir dan kuasa ajaib. Dalam hal ini, ia seolah-olah mengikut cara Tom Brown's School Days oleh Thomas Hughes dan novel lain dari era Victorian dan Edwardian berkenaan kehidupan di sekolah awam British.

Ia juga, seperti yang dikatakan Stephen King, "sebuah kisah misteri yang bijak", dan setiap buku dikarang seperti gaya misteri Sherlock Holmes; iaitu buku-buku meninggalkan pembayang yang tersembunyi dalam setiap karangan manakala watak-watak mengecam beberapa suspek di pelbagai lokasi yang membawa kepada penamatan yang berlawanan dari apa yang difikirkan watak. Cerita tersebut diceritakan dari sudut pandangan orang ketiga yang terhad pengetahuannya; dengan beberapa pengecualian, seperti bab pembukaan Harry Potter dalam Piala Api, pembaca mengetahui rahsia cerita pada masa yang sama dengan Harry. Pemikiran dan rancangan watak lain, walaupun menonjol seperti Hermione dan Ron, adalah tersembunyi hinggalah terdedah dan diketahui oleh Harry sendiri.

Buku siri ini cenderung mengikut rumus berikut yang ditetapkan berlaku sepanjang tahun dan berturutan. Ia boleh dibahagi kepada 6 bahagian:

1. Musim panas di rumah Keluarga Dursley: Harry menghabiskan kebanyakan masa cuti sekolah musim panasnya dengan keluarga Dursley, dalam dunia Muggle, menahan siksaan yang diterima. Bahagian ini berakhir dengan Harry pergi ke lokasi lain.

2. Penghujung musim panas - Sebelum sekolah bermula pada musim luruh: Harry akan ke Diagon Alley, The Burrow atau Nombor Dua Belas,Grimmauld Place. Ia berakhir dengan bertolaknya Harry ke sekolah dengan menaiki kereta api sekolah di Platform 9 3/4.

3. Sesi persekolahan baru: Watak baru atau watak yang ditampiplkan semula mengambil tempat, dan Harry melalui hal-hal persekolahan baru seperti esei yang menyukarkan, pertemuan yang kekok dan guru yang tidak bertimbang rasa; perkara ini lazimnya tamat sekitar Halloween.

4. Konflik timbul: Harry dan rakannya mula merasakan sesuatu yang pelik dan tidak betul berlaku dan mula bertindak balas.

5. Kemuncak atau klimaks: Harry dan rakannya menemui seuatu yang penting, dan mula meluru ke tempat-tempat tertentu bagi konflik yang besar, melibatkan pertarungan melawan watak jahat. Hal ini sering berlaku berhampiran atau selepas peperiksaan akhir.

6. Kesan peristiwa: Harry mula pulih setelah tamat pertarungan dan mendapati pengajaran yang tertentu melalui pendedahan dan penjelasan oleh Albus Dumbledore. Ia berakhir dengan Harry menaiki Ekspres Hogwarts dan mula menuju ke rumah dengan keluarga Dursley.

Rujukan

WikiPedia: Harry_Potter http://www.abc.net.au/news/newsitems/200705/s19293... http://www.arthuralevinebooks.com/awards.asp http://www.bloomsbury.com/harrypotter/ http://www.businessweek.com/innovate/content/jul20... //scholar.google.com/scholar?q=%22Harry+Potter%22 http://translate.google.com/translate?u=https://en... //www.google.com/search?&q=%22Harry+Potter%22+site... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Harry... //www.google.com/search?q=%22Harry+Potter%22&tbm=n... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Harry+Potte...