Kontroversi Harry_Potter_and_the_Deathly_Hallows

Kebocoran online dan Penghantaran terlajak awal

Buku Harry Potter and the Deathly Hallows versi United Kingdom terbitan Bloomsbury.

Dalam tempoh seminggu sebelum tarikh pelancaran, sejumlah teks yang dikatakan tulen telah muncul dalam pelbagai bentuk. Pada 16 Julai, satu set fotograf yang menggambarkan setiap 759 muka surat novel tersebut dalam versi Amerika Syarikat telah bocor di Internet, di mana ia merupakan salinan yang keluar sebelum tarikh yang rasmi. Fotograf tersebut kemudiannya muncul dalam satu laman web dan rangkaian peer-to-peer, yang menyebabkan pihak Scholastic untuk mencari sepina dalam usaha untuk mengenal pasti sumber yang asal. Hal ini menggambarkan pelanggaran keselamatan yang paling serius pernah dialami oleh siri Harry Potter. J.K Rowling dan peguamnya telah membuat pengakuan bahawa kebocoran itu adalah benar. Ulasan yang telah diterbitkan di dalam akhbar The Baltimore Sun dan The New York Times pada 18 Julai, 2007 mentahkikkan banyak elemen plot daripada kebocoran tersebut, dan pada sehari sebelum hari pelepasan, akhbar The New York Times mengesahkan bahawa kebocoran tersebut adalah benar.

Pihak Scholastic telah mengumumkan kira-kira satu perseribu (0.01%) pihak pembekal Amerika Syarikat telah menghantar buku itu terlalu awal, kira-kira 1200 buah novel. Seorang pembaca di Maryland telah menerima senaskhah buku tersebut terlebih awal melalui penghantaran pos iaitu empat hari sebelum tarikh rasmi pelancaran dari DeepDiscount, yang menyebabkan pihak Scholastic dan DeepDiscount seolah-olah tidak percaya bahawa perkara tersebut boleh terjadi. Pada awalnya, pihak Scholastic berpuas hati bahawa perkara tersebut mungkin terjadi akibat "kesalahan manusia" dan tidak akan mengenakan sebarang penalti. Namun, pada keesokan harinya, pihak Scholastic telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan kepada DeepDiscount dan pengedarnya Levy Home Entertainment. Scholastic juga telah menfailkan saman kerosakan di Chicago's Circuit Court of Cook County, dengan mendakwa pihak DeepDiscount telah terlibat dalam "pencabulan terang-terangan dan lengkap terhadap perjanjian yang mereka ketahui bahawa ia merupakan sebahagian daripada satu pelan yang dirangka dengan berhati-hati sempena buku yang dinanti-nanti ini". Sebahagian daripada buku yang dilepaskan awal ini telah muncul dalam eBay, iaitu salah satu buku tersebut telah dijual kepada Publisher's Weekly untuk harga AS$250 daripada harga asalnya iaitu AS$18.

Perang harga

  • Peperangan harga telah berlaku di Malaysia sendiri apabila empat buah kedai buku yang besar enggan menjual buku tersebut. MPH, Popular, Times dan Harris telah membuat keputusan untuk mengosongkan rak mereka daripada buku terbaru ini kerana menentang tindakan pasar raya Tesco dan Carrefour yang menjual novel tersebut dengan harga yang murah iaitu RM 69.90 berbanding harga runcit iaitu RM 109.90. Walau bagaimanapun, buku tersebut tetap berada di kedai-kedai itu tetapi hanya untuk mereka yang telah menempahnya sahaja.
  • ASDA, dan beberapa lagi pasaraya di United Kingdom, telah menerima tempahan awal buku tersebut pada harga diskaun yang tinggi. ASDA kemudiannya telah menyebabkan satu lagi kekecohan dua hari sebelum pelepasan apabila mereka mengumumkan yang mereka akan menjual buku tersebut dengan harga £5.00 pound sterling senaskhah.

Pencemaran Hari Sabbath