Sambutan Harry_Potter_and_the_Deathly_Hallows

Jualan

Siri ketujuh dan terakhir novel karya J.K. Rowling ini mencatat sejarah apabila sebanyak 8.3 juta naskhah dapat dijual dalam masa 24 jam setelah berada di pasaran di Amerika Syarikat. Kali ini, buku Harry Potter dipasarkan di 93 buah negara dan jualan awal naik kira-kira 20 peratus berbanding edisi keenam.

Scholastic, penerbit di AS, mencetak sebanyak 12 juta naskhah memandangkan buku itu dinantikan oleh ramai peminat. Ketua Pegawai Eksekutif kedai buku Borders cawangan Amerika Syarikat memberitahu ia merupakan hari terhebat dalam sejarah kedainya apabila 1.2 juta naskhah berjaya dijual di seluruh dunia pada Sabtu tersebut.

Menurut kenyataan Scholastic, siri keenam, Harry Potter and the Half-Blood Prince, yang dipasarkan pada 16 Julai 2005, dijual sebanyak 6.9 juta naskhah dalam masa 24 jam pertama, daripada keseluruhan 10.8 juta cetakan. Malah, enam edisi terawal siri Harry Potter terdahulu mendapat sambutan hangat dan dijual dengan begitu laris. Purata edisi terbaru ini terjual ialah lebih 300,000 naskhah dalam sejam dan lebih 5,000 naskhah dalam seminit.

Setiap siri Harry Potter menjadi buku paling laris di Amerika Syarikat, Britain dan seluruh dunia. Ia juga menjana pulangan lebih RM850 juta (lebih AS$250 juta), tiga kali ganda hasil jualan tiket filem Harry Potter and the Order of the Phoenix yang ditayangkan sejak 10 Julai 2007.

Kritikan

Pengkritik dari akhbar The Baltimore Sun, Mary Carole McCauley's, memuji kseluruhan siri Harry Potter sebagai "sebuah bildungsroman klasik atau sebuah kisah yang meniti laluan masa".[nota 1] Beliau menyatakan perasaannya berkaitan buku terakhir dalam siri ini dengan berkata:

[b]ook seven... lacks much of the charm and humor that distinguished the earlier novels. Even the writing is more prosaic .. [...] [h]ow could it be otherwise?"
["buku ketujuh... kekurangan daya tarikan dan kelucuan yang membezakan novel-novel yang terdahulu. Malah gaya tulisannya juga lebih membosankan...bagaimana ia boleh jadi sebaliknya?""]

Seorang pengkaji, Alice Fordham dari The Times menulis

"Rowling’s genius is not just her total realisation of a fantasy world, but the quieter skill of creating characters that bounce off the page, real and flawed and brave and lovable [...] We have been a long way together, and neither [Rowling] nor Harry let us down in the end..."
["Kebijaksanaan Rowling bukan sahaja terletak kepada kejayaannya untuk merealisasikan dunia fantasinya, tetapi juga bakat tersembunyi beliau untuk mencipta watak-watak yang seperti keluar dari muka surat, iaitu benar dan tiada kecacatan dan berani dan mudah untuk disayangi... [...] Kita telah lama bersama, dan tidak pernah antara Rowling atau Harry yang akan mengecewakan kita pada akhirnya."

Secara kontranya pula, Jenny Sawyer dari The Christian Science Monitor mengulas:

"There is much to love about the Harry Potter series, from its brilliantly realised magical world to its multilayered narrative... [however,] A story is about someone who changes. And, puberty aside, Harry doesn't change much. As envisioned by Rowling, he walks the path of good so unwaveringly that his final victory over Voldemort feels, not just inevitable, but hollow."
["Terdapat banyak perkara untuk dicintai terhadap siri Harry Potter, daripada proses merealisasikan dunia sihir kepada naratifnya yang berlapis-lapis... [walau bagaimanapun] ...ia ialah sebuah kisah seseorang yang berubah dan selain daripada mencecah umur akhil baligh, Harry tidak banyak berubah seperti yang telah dibayangkan oleh Rowling, Harry berjalan ke arah laluan kebaikan yang tidak goyah yang kemenangan ke atas Voldemort seperti tidak dapat dielakkan, namun, ia agak kusam."]

Stephen King pula mengkritik reaksi sebahagian daripada pengkaji buku tersebut termasuklah McCauley sendiri sebagai membuat kesimpulan buku tersebut terlalu awal. Beliau berasa, disebabkan kerahsiaan buku tersebut sebelum pelancaran buku ketujuh, ia tidak banyak memberi masa kepada para pengkaji buku itu untuk membaca keseluruhan buku tersebut dan mendalaminya. Berbanding pengkritik lain, beliau berpendapat gaya penulisan Rowling semakin matang dan dewasa, dan berpendapat Rowling sentiasa memikirkan tentang pembaca bukunya yang telah dewasa. Beliau membandingkan karya Rowling dengan Huckleberry Finn dan Alice in Wonderland yang telah mencapai kejayaan sebagai karya klasik, dan juga menghiburkan pembacanya baik mereka yang dewasa ataupun kanak-kanak.