Biografi Henri_Bergson

Awal hidup

Bergson lahir di Rue Lamartine berdekatan Palais Garnier (the old Paris opera house) pada tahyn 1859. Ayahnya Michał Bergson, seorang pemain piano daripada keluarga usahawan Yahudi Poland Bereksohn yang tersohor[7]; nenek moyangnya, Temerl Bergson, seorang tokoh berpengaruh dalam kalangan masyarakat tersebut, terutamanaya dalam kalangan agamawan Yahudi Hasidi.[8][9] Malah, cakawari Szmul Jakubowicz Sonnenberg pula seorang pekerja bank dan protégé Raja Stanisław II Augustus[10][11] (1764-1795). Ibu Henri pula Katherine Levison, anak seorang doktor dari Yorkshire kacukan Yahudi Ireland dan Inggeris.

Keluarga beliau berada di London pada tahun-tahun awalnya fsebelum berpindah kembali Perancis dan menjadi seorang warga negara sana pada usia sembilan tahun.

Pendidikan

Bergson belajar di Lycée Fontanes (kini Lycée Condorcet sejak 1883) di Paris dari 1868 hingga 1878. Beliau sebelum ini pernah mendapat pendidikan lanjut agama Yahudi[12] sebelum pegangannya melemah ketika berusia antara 14 dan 16 tahun setelah melakukan pembelajarannya sendiri mengenai evolusi.[13]

Beliau terlibat menjadi juri bersama Florence Meyer Blumenthal untuk penganugerahan geran seni Prix Blumenthal yang wujud dari 1919 sehingga 1954.[14]

Kerjaya syarahannya

Awal abad ke-20: Perang Dunia Pertama, kontroversi terhadap penemuan Albert Einstein

Bergson banyak menjelajah melakukan syarahan serata Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Pertama mula meletus. Bahkan, beliau merupakan antara tokoh penting dalam melakukan rundingan yang mendorong negara tersebut memasuki perang ini.

Pada musim tahun 1922 Albert Einstein menghadiri suatu pertemuan diadakan Persatuan Falsafah Perancis di mana beliau sempat mengulas suatu ucapan disampaikan Bergson.[15] Bergson mengulas balas dengan menerbitkan sebuah buku bertajuk "Durasi dan keserentakan: perihal teori Einstein" (Durée et simultanéité, a propos de la theorie d'Einstein)[16] - buku tersebut dikritik hebat kerana menampilkan maklumat fizik yang ditulis sebagai penyokong hujah-hujah Bergson yang bukan sahaja tidak lengkap malah jauh ketinggalan perkembangan semasa.[17]

Senja usia

Pada tahun-tahun terakhir masa hidupnya, pemikiran Bergson mula bergeser ke arah agama. Beliau memeluk agama Kristian mazhab Katolik Rom setelah beberapa lama menunda diri - beliau tidak ingin rasa serba salah seolah-olah mengkhianati bangsa Yahudinya sendiri, lagi-lagi apabila Perancis masih dalam pendudukan rejim Vichy sekutu Nazi, malah pemelukan agama Kristiannya turut dirahsiakan

Pada 3 Januari 1941, Bergson meninggal di Paris akibat menghidap bronkitis.[18] Beliau dikebumikan mengikut upacara Katolik di Cimetière de Garches, Hauts-de-Seine.

Rujukan

WikiPedia: Henri_Bergson http://classiques.uqac.ca/classiques/bergson_henri... http://classiques.uqac.ca/classiques/bergson_henri... http://s3.archive-host.com/membres/up/784571560/Gr... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/61856/He... http://www.timoroso.com/philosophy/writings/sketch... http://webshells.com/spantrans/bergson.html http://www.egs.edu/library/henri-bergson/biography... http://plato.stanford.edu/entries/bergson/ http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?...