Hjalmar Horace Greeley Schacht (22 Januari 1877 – 3 Jun 1970) adalah seorang ahli ekonomi Jerman, jurubank, ahli politik berhaluan kanan, dan pengasas bersama
Parti Demokratik Jerman pada 1918. Beliau berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Mata Wang dan Presiden
Reichsbank dibawah
Republik Weimar. Beliau adalah pengkritik kuat pembayaran balik bon negaranya selepas
Perang Dunia I.Beliau tidak pernah menjadi ahli
Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional, tetapi bekerja dalam kerajaan
Adolf Hitler sebagai Presiden Bank Negara (Reichsbank) 1933–1939 dan menjadi Menteri Ekonomi (Ogos 1934 – November 1937). Walaupun Schacht telah lama memainkan peranannya dalam "keajaiban ekonomi" Jerman, beliau menentang dasar
persenjataan semula Hitler kerana ia melanggar
Persetiaan Versailles dan (pada pandangannya) mengganggu ekonomi Jerman. Pandangannya ini menyebabkan Schacht berkelahi dengan Hitler dan terutamanya dengan
Hermann Göring. Beliau telah dipecat selaku Presiden Reichsbank pada Januari 1939. Beliau kekal sebagai menteri tanpa portfolio, dan menerima gaji yang sama, sehingga beliau dipecat sepenuhnya dari kerajaan pada Januari 1943.
[2]Pada tahun 1944 Schacht telah ditangkap oleh
Gestapo selepas
cubaan membunuh Hitler pada 20 Julai 1944, kerana beliau dikatakan berhubung dengan para pengkomplot. Seterusnya, beliau telah dikurung dalam kem tahanan
Ravensbrück dan kemudian di
kem tahanan Flossenbürg. Pada hari-hari terakhir peperangan, beliau adalah salah seorang dari 134 tahanan khas dan tahanan kaum kerabat
[lower-alpha 1] yang diangkut oleh SS dari Dachau ke "Kubu Alpine" ke Niederdorf di Selatan Tyrol, dimana mereka telah dibebaskan pada 30 April 1945.
[4]Walau demikian, beliau telah
dibicarakan di Nuremberg, tetapi telah dibebaskan sepenuhnya (bersama-sama
Franz von Papen dan
Hans Fritzsche).Pada tahun 1955, beliau menubuhkan sebuah bank swasta di
Düsseldorf. Beliau juga menjadi penasihat bagi
negara membangun tentang pembangunan ekonomi.