Penerangan Iles-iles

Tumbuhan ini ialah herba tahunan, dengan pertumbuhan pada tahap vegetatif dan generatif yang berlainan dan saling bergantian.

Tahap vegetatif menampakkan daunnya yang bercabang-cabang dengan tangkai daun yang lunak. Batang betulnya tiada, sebaliknya hanya berupa umbi yang tumbuh di bawah tanah. Umbinya tunggal, tidak membentuk anak benih dan mengandungi pati yang kandungannya diperbanyakkan oleh manan; warna umbi ini kuning cerah, menjadi penciri yang melainkannya dengan sarek yang warna umbinya putih.

Tangkai daun tunggal terasnya (yang sering disebut 'batang') tumbuh tegak, lunak, berkulit halus apabila disentuh, dan berwarna hijau atau hitam berbelang-belang putih.[6] Tangkai daun tunggalnya berketinggian tertentu (dapat mencapai 1.5 m) dan pecah menjadi tiga cabang sekunder dan akan mencabang lagi sekali gus menjadi tangkai lai daun.[6] Pada setiap pertemuan batang akan tampak bonjolan berwarna perang kehitam-hitaman yang berfungsi sebagai alat pembiakan vegetatif (disebut tunas bebawang).[6] Bintil pada batangnya pula menjadi pembeza penting iles-iles dengan sarek.[7]

Batang iles-iles, bercorak hijau gelap dengan tompok putih.

Bunganya muncul apabila simpanan tenaga yang berupa tepung dalam umbinya sudah mencukupi untuk pembungaan. Sebelum bunga muncul, seluruh daun termasuk tangkainya akan layu. Bunga ini tersusun menjambak menyamai struktur bunga keladi, iaitu bunga-bunga tumbuh pada tongkol yang dilindungi oleh seludang. Kuntum bunganya tidak sempurna, berumah satu, berkumpul di sisi tongkol, dengan bunga jantan terletak di bahagian lebih atas daripada bunga betina. Struktur generatif ini mengeluarkan bau bangkai ketika mekar yang membantu memikat lalat untuk pendebungaan. Pemekarannya berlangsung sekitar tiga hari.

Rujukan

WikiPedia: Iles-iles http://korannias.wordpress.com/2007/09/03/budidaya... http://ictsleman.ath.cx/pustaka/ristek/artikel/ttg... http://indonetwork.co.id/Dipokusumo_Farm/1085886/p... //doi.org/10.18343%2Fjipi.24.2.144 //www.worldcat.org/issn/0853-4217 https://katadata.co.id/safrezi/berita/619d9591295a... https://senaraiistilahjawa.kemdikbud.go.id/search/... https://www.researchgate.net/publication/332734143... https://web.archive.org/web/20111025043225/http://... https://web.archive.org/web/20120123160857/http://...