Kerjaya Ilyka

Ilyka mula bergiat aktif dalam industri muzik 1989 dengan menyanyi secara serius di sekitar kampung halamannya, Johor Bahru dan mencuba nasib menjadi artis rakaman. Pada tahun 1991, Ilyka telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan K3P yang dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Berbekalkan bakat yang ada, Ilyka menerima tawaran oleh syarikat rakaman New Southern Records (NSR) dan merakamkan album pertamanya pada tahun 1994. Lagu hitnya "Diusung Duka" mendapat tempat di hati peminat dan dimainkan di stesen radio ketika itu.[2][4]

Pada tahun 1997, Ilyka menjadi pengacara rancangan Sendaloka di TV1.[5] Beliau pernah membuat persembahan menjelang Merdeka Tahun 2000 bersama Orkestra Kebangsaan, pernah terpilih menjadi artis jemputan di persembahan istimewa An Evening with Al Jerreau di PWTC pada tahun 2000. Ilyka juga mewakili Celcom dalam persembahan istimewa di Bangladesh, persembahan koktel istimewa F1 Sepang 2001 dan persembahan makan malam istimewa West McLaren pada 2002.[2]

Selepas berjaya mencipta nama sebagai penyanyi rakaman, Ilyka kemudian mencuba nasib sebagai penyanyi di hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur.[1] Pada tahun 2007, beliau muncul dengan single terbaru berjudul "Bila Ada Denganmu" ciptaan Ajai.[1][6] Setelah itu, Ilyka mengundurkan diri seketika daripada kerjaya nyanyian kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarganya. Pada tahun 2010, Ilyka kembali kembali aktif menyanyi dengan melancarkan lagu "Sistematik" ciptaan bersama Ajai.[1] Untuk lagu ini, beliau memilih konsep teknotronik serta muzik tarian.[2][7]

Pada tahun 2016, Ilyka muncul dengan dua single baru, "Persembahan Cinta" dan "Sempurnakan Takdirku".[8][9] Pada tahun berikutnya, beliau muncul dengan lagu "My Love".[3]

Rujukan

WikiPedia: Ilyka http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Hibura... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... https://www.budiey.com/ilyka-lancarkan-single-terb... https://www.discogs.com/artist/6856101-Ilyka https://origin.bharian.com.my/bhplus-old/2017/01/2... https://api.hmetro.com.my/node/188505 https://api.hmetro.com.my/rap/2018/02/316297/ilyka... https://www.klik.com.my/item/story/3019557/ilyka-b... https://www.klik.com.my/item/story/585157/ilyka-se... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2010/04...