Kerjaya Iqram_Dinzly

Iqram memulakan kerjayanya dengan membuat kemunculan dalam sitkom Puteri lakonan Nora Danish yang bersiaran di TV3, beliau tidak menunggu lama untuk mengukuhkan nama dalam industri dengan memegang watak pembantu sebagau Amin dalam drama Dua Hati yang mana beliau bergandingan dengan Linda Rafar. Seterusnya, beliau memegang watak Darius dalam Dunia Baru, seorang pelagak yang akhirnya menjadi suami bertanggungjawab kepada Madihah lakonan Anne Ngasri.

Beliau pernah memenangi Bachelor With Not A Hair Out of Place anjuran Majalah CLEO pada tahun 2006. Selain berlakon, Iqram juga berbakat dalam bidang tarian. Beliau pernah bergiat aktif dalam satu pertubuhan tarian di UiTM iaitu Persatuan Anak Seni Kampus atau lebih dikenali sebagai "PESKA", yang merupakan salah satu persatuan yang teraktif di UiTM dalam memperjuangkan irama tradisional.

Selepas itu, beliau menganggotai kumpulan tarian PRISMA SENI untuk mempelbagaikan kemahiran dalam tarian yang mana persatuan tersebut lebih menonjolkan tarian kreatif dan moden. Kerjaya filem Iqram bermula pada 2007 dengan membintangi filem 1957: Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba, beliau kembali menjayakan watak Darius dalam filem Dunia Baru The Movie, kemudian diikuti oleh peranan pembantu sebagai Karl dalam Evolusi KL Drift arahan Syamsul Yusof lakonan bersama Syamsul dan Farid Kamil.

Beliau kembali berlakon bersama Farid menerusi filem aksi fantasi cereka sains arahan Mamat Khalid, Apokalips X yang ditayangkan pada 3 April 2014, Dalam filem ini, beliau melakonkan watak sebagai Razor, ia kemudian diikuti oleh filem Lagenda Budak Setan 3: Kasyah - Legenda Berakhir arahan Sharad Sharan, yang ditayangkan pada September.[2]

Beliau kini dalam pengunduran selama tidak terbatas dalam dunia hiburan susulan kematian bapanya dan sebelum diisytihar muflis.

Rujukan

WikiPedia: Iqram_Dinzly http://www.dharian.com/nodes/8211 http://www.imdb.com/name/nm3634379/ http://zonfiniti.com/2011/09/iqram-dinzly-biodata-... http://www.hmetro.com.my/articles/KonflikhidupMaya... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2014/09/23/... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130501/h... http://www.utusan.com.my/hiburan/ig-disekat-rumah-... https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/iqram-dinzl... https://www.facebook.com/iqramdinzly.fanpage https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/...