Islam_Militan

Islam Militan ialah pendekatan Islam yang berpendirian bahawa agama Islam dan para pengikutnya harus memperjuangkan taraf politik dan agama mereka secara agresif. Serupa dengan kenyataan bahawa orang militan Muslim hanya merupakan sebahagian para penganut agama Islam, begitu juga penyokong-penyokong keganasan dan terorisme hanya merupakan sebahagian para penganut Islam Militan. Oleh sebab Islam Militan seringnya dikaitkan dengan keganasan dan terorisme, maka penamaan seseorang sebagai pengikut Islam Militan kini seringnya menimbulkan banyak perbalahan. Para pengkritik yang menentang penamaan ini sering mendakwa bahawa terdapat sikap berat sebelah dan/atau prasangga terhadap penggunaan istilah ini.Kelompok-kelompok yang menyokong Islam sebagai satu gerakan poltik sedang bergerak balas terhadap keadaan-keadaan politik dan sejarah yang rumit yang berakar umbi di kawasan tempatan masing-masing. Umpamanya, kebangkitan parti Jamaat-e-Islami yang konservatif di Bangladesh tidak akan dapat dimungkinkan tanpa gerak balas orang awam yang meluas terhadap amalan rasuah kerajaan sekular Liga Awami di negara itu. Akan tetapi sejarah politik tempatan yang rumit ini hilang sekaligus dalam reduksionisme istilah yang terlalu mudah, umpamanya istilah fundamentalisme Islam, yang akhirnya tidak dapat memberikan banyak penerangan kecuali menyalahkan berbagai-bagai masalah keagamaan yang dihadapi bersama-sama oleh negara-negara kurang maju, termasuk keganasan dan kekurangan demokrasi.Sebenarnya, penggunaan istilah "sikap militan Islam" adalah terlalu luas sehingga merangkumi sebarang gerakan pemberontakan di mana-mana negara Islam. Oleh itu, gerakan-gerakan nasionalisme, marxisme, dan kelompok etnik digolongkan bersama-sama sehingga istilah ini hilang sebarang kandungan ideologi yang benar. Satu-satunya ciri pentakrifan istilah ini adalah bahawa ia merujuk kepada sikap militan dalam konteks Islam, akan tetapi ini masih tidak dapat menerangkan apa-apa.Para ahli gerakan-gerakan tersebut mungkin lebih menganggap diri sebagai pejuang kebebasan dan bukannya pengganas kerana asal politik gerakan-gerakan ini di Israel, serta juga di wilayah Palestin, Afghanistan Soviet, Chechnya, dan paling terkini di Iraq pasca-Saddam seringnya berasaskan tuntutan-tuntutan untuk kenegaraan dan pemerintahan sendiri. Dalam masyarakat-masyarakat yang memiliki kebanyakan orang Muslim, sentimen-sentimen faham kebangsaan seringnya dicampurkan dengan perasaan identiti Muslim untuk menghasilkan sebuah ideologi Faham Jamiah Islam atau Faham Islam. Gerakan yang paling bersifat antarabangsa ialah Al Qaeda yang berasal daripada perjuangan faham kebangsaan, iaitu pemberontakan terhadap keluarga diraja Arab Saudi. Rejim Saudi tersebut telah dianggap sebagai terlalu berkait dengan dasar luar negeri Amerika Syarikat, khususnya bantuannya kepada Amerika Syarikat semasa pembebasan Kuwait dalam Perang Teluk yang pertama. Oleh sebab ideologi Al Qaeda merupakan ideologi nasionalisme dan perpaduan Faham Jamiah Islam, rejim Saudi diperlihatkan sebagai tidak cukup bersifat Islam, suatu pandangan yang memang membingungkan orang-orang Barat yang tidak dapat membayangkan ciri-ciri yang lebih bersifat Islam, berbanding dengan hukum-hukum Islam Wahhab. Khususnya kepada Al Qaeda, dunia ini dilihat sebagai suatu perjuangan antara ideologi Islam dengan ideologi Barat yang sekular. Sesetengah pemerhati telah mencadangkan bahawa pandangan dunia sebegini secara ironi telah diperkukuh oleh Perang Terorisme.