JFC_Fuller
JFC_Fuller

JFC_Fuller

Mejar Jeneral JFC Fuller (nama penuh, John Frederick Charles Fuller), CB, CBE, DSO (1 September 1878 – 10 Februari 1966) ialah seorang pegawai Tentera Darat British, sejarawan ketenteraan, dan ahli strategi, yang terkenal sebagai seorang pelopor awal peperangan berperisai moden, termasuk pengkategorian prinsip-prinsip peperangan. Beliau juga pencipta "sinar bulan buatan".Dalam tahun 1920-an, Fuller bekerjasama dengan BH Liddell Hart, seorang yang lebih muda, untuk mengembangkan idea tentang penjenteraan angkatan tentera. Namun, dalam apa yang dikenali sebagai "Insiden Tidworth", beliau menolak jawatan sebagai pemerintah Angkatan Berjentera Percubaan (Inggeris: Experimental Mechanized Force) yang dibentuk dalam tahun 1927. Jawatan itu juga disertakan dengan tanggung jawab terhadap sebuah briged infantri biasa dan juga garison di Tidworth di Dataran Salisbury. Fuller mempercayai bahawa beliau tidak dapat memberikan perhatian penuh kepada Angkatan Percubaan dan pembangunan teknik-teknik peperangan berjentera tanpa bantuan staf tambahan untuk menjalankan tugas-tugas lain, yang tidak dirikan oleh Pejabat Perang United Kingdom.Idea-idea beliau tentang peperangan berjentera tetap berpengaruh pada tempoh sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, dan ironinya lebih dengan pihak Jerman, terutamanya Heinz Guderian (yang membelanjakan wangnya sendiri untuk menterjemahkan buku Fuller berjudul Provisional Instructions for Tank and Armoured Car Training ("Arahan Sementara buat Latihan Kereta Kebal dan Kereta Perisai")),[1] daripada rakan senegaranya sendiri. Dalam tahun 1930-an, Wehrmacht melaksanakan taktik yang hampir sama dengan analisis Fuller, yang dikenali sebagai Blitzkrieg. Sama dengan Fuller, pengamal Blitzkrieg mendasarkan pendekatan mereka pada teori yang kawasan-kawasan aktiviti musuh harus dipintas dan kemudiannya dikepung lalu dibinasakan. Taktik gaya Blitzkrieg digunakan oleh beberapa negara semasa Perang Dunia II, kebanyakannya oleh Jerman semasa pencerobohan terhadap Poland, Eropah Barat dan Soviet Union. Sementara Jerman, dan sedikit sebanyak Perikatan Eropah, menggunakan idea Blitxkrieg, Tentera Merah yang mengembangkan doktrin peperangan berperisainya berlandaskan operasi-operasi dalam tidak banyak mengguna Blitzkrieg. Operasi dalam dikembangkan oleh para ahli teori ketenteraan Soviet, antaranya Marshal MN Tukhachevsky, dalam tahun 1920-an, berlandaskan pengalaman mereka dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Saudara Rusia.

Berkaitan