Kritikan Jerry_Yang_(usahawan)

China

Jerry Yang dikritik kerana kenyataannya yang berkenaan dengan peranan Yahoo! dalam penangkapan Shi Tao, wartawan tanah besar China, oleh pihak berkuasa China. Sewaktu di China, Shi Tao mempergunakan alamat e-mel Yahoo untuk memberitahu laman-laman sesawang pro-demokrasi bahawa pemerintahan China telah mengarahkan media China agar tidak membuat liputan tentang Hari Ulang Tahun Ke-15 Bantahan Dataran Tiananmen 1989 pada 4 Jun. Yahoo! membekalkan agensi keselamatan China dengan alamat IP penghantar, penerima dan waktu pesanan. Tao kemudian disabit bersalah kerana "mendedahkan rahsia negara di luar negeri." Yang telah dikutuk teruk oleh Reporters Without Borders yang menggelar Yahoo! sebagai "seorang pemberitahu polis China" yang tindakannya telah mengakibatkan sabitan seorang wartawan dan penulis.

Yang menyatakan, "Untuk berniaga di China atau di mana-mana jua di seluruh dunia, kita perlu mematuhi undang-undang tempatan." Penyataannya itu menimbulkan perbalahan kerana para pengkritik mendakwa bahawa Yahoo! telah melanggar undang-undang antarabangsa serta juga keputusan Kongres Amerika Syarikat 1989 yang melarang sebarang syarikat Amerika Syarikat daripada menjual kelengkapan atau perisian "pengawalan dan pengesanan jenayah" kepada Pemerintahan China.[6]

The New York Times melaporkan bahawa tahanan politik Wang Xiaoning dan wartawan yang lain telah mengambil tindakan guaman sivil terhadap Yahoo kerana dikatakan membantu dan bersuhabat dengan pemerintahan China yang mengakibatkan mereka diseksa, termasuk dipukul dan dipenjarakan.[7] Lebih terkini, Yang diperintah oleh mahkamah ke Washington, D.C. untuk membalas kepada komen Yahoo berkenaan dengan peranannya dalam penangkapan Shi Tao dan wartawan yang lain di China.[8][9]

Pada 14 November 2007, Yahoo bersetuju untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah dengan penentang Cina yang terjejas lalu membayar sejumlah pampasan yang tidak diumumkan. Yang berkata, "Selepas bertemu dengan keluarga yang berkenaan, adalah jelas kepada saya bahawa saya telah membetulkan keadaan itu untuk mereka, untuk Yahoo, dan untuk masa depan." Sebagai balasan, anggota Kongres Demokrat Tom Lantos, pengerusi Jawatankuasa Dewan Perwakilan Amerika Syarikat tentang Hal-ehwal Luar Negeri berkata, "Hamput daripada Kongres diperlukan sebelum raksasa teknologi tinggi melakukan hal yang betul dan mengeluarkan sesetengah bantuan yang konkrit kepada keluarga wartawan yang dihantar ke penjara dengan bantuan Yahoo. Sayang betul!" [10]Yang baru-baru ini menulis sepucuk surat kepada mantan Setiausaha Negara, Condoleezza Rice, untuk meminta pertolongannya bagi membebaskan penentang yang dipenjarakan.[11] Di samping itu, beliau juga menubuhkan Dana Hak Asasi Manusia Yahoo! untuk memberikan "sokongan kemanusiaan dan undang-undang" kepada penentang dalam talian.[12] Salah satu projek awam yang terawal yang dijalankan oleh Dana itu ialah pembiayaan penubuhan Muzium Laogai, sebuah muzium yang dibuka oleh Harry Wu, penentang Cina yang terkenal, untuk menonjolkan sistem hukuman laogai.[13]

Bagaimanapun, perubahan hati itu tidak berjaya menghentikan rangkaian peristiwa yang bermula dengan penangkapan penentang Li Zhi yang dipenjarakan. Sebaliknya, penangkapan tersebut mengakibatkan satu lagi tindakan guaman terhadap Yahoo! diambil bagi pihak plaintif Zheng Cunzhu dan Guo Quan yang dikatakan mengalami kerugian harta dan perniagaan pakaian mereka. Guaman itu mengadu "pelanggaran undang-undang antarabangsa, termasuk penyeksaan dan penahanan berpanjangan, serta juga amalan perniagaan yang tidak adil, pengenaan penderitaan emosi yang sengaja, pemenjaraan palsu, dan serangan".[14]

Microsoft

Yang juga dikritik oleh pemegang saham Yahoo! kerana menolak tawaran AS$33 per saham daripada Microsoft pada Mei 2008. Microsoft akhirnya meninggalkan perundingan tersebut. Pada November 2008, saham Yahoo! dinilai hanya pada harga AS$14 per saham,[15] dengan Google juga memutuskan tidak akan meneruskan perundingan pengiklanan gelintaran komersil mereka, akibat kebimbangan yang disuarakan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat tentang kesannya pada pesaing dalam pasaran. Pada 29 Julai 2009, Yahoo! dan Microsoft mengumumkan kesepakatan gelintaran untuk bersaing dengan Google, selepas gelintaran Bing yang dibangunkan oleh Microsoft dilancarkan dengan jayanya pada bulan Jun.

Rujukan

WikiPedia: Jerry_Yang_(usahawan) http://en.epochtimes.com/news/5-9-23/32571.html http://english.epochtimes.com/news/5-9-23/32571.ht... http://www.forbes.com/lists/2007/10/07billionaires... http://www.iht.com/articles/2008/02/27/business/ya... http://www.itconversations.com/shows/detail334.htm... http://www.mercurynews.com/breakingnews/ci_7392987... http://www.metroactive.com/papers/metro/04.11.96/y... http://www.news.com/8301-10784_3-9798390-7.html http://www.news.com/8301-10784_3-9881042-7.html?ta... http://www.newsmeat.com/ceo_political_donations/Je...