Jokpyeon
Jokpyeon

Jokpyeon

Sup & stuBanchanJokpyeon ialah masakan Korea tradisional berupa jeli dan dimakan semasa Seollal (Tahun Baru Korea) di seluruh Korea.[1] Ia dibuat dengan merebus organ atau daging yang liat dengan kolagen, seperti telapuk, tengkorak, dan kulit lembu, untuk masa yang lama.[2] Keting dan tendon boleh ditambah ke dalam makanan sebagai bahan tambahan untuk menyerlahkan rasa.[3] Semasa merebus, kolagen menjadi cairan gelatin seperti bubur. Selepas ditapis, ia dicurah ke dalam bekas petak dan dibiarkan mengeras di tempat yang sejuk.[2] Jokpyeon dipotong dan disaji dengan sos pencicah seperti choganjang (diperbuat daripada sos soya dan cuka) atau saujeotguk (ekstrak daripada saujeot, udang jeruk masin).[3]Masakan hidangan ini banyak bergantung kepada telapuk lembu, yang namanya muncul daripadanya iaitu jok (, 足 kaki) dalam bahasa Korea. Makanan ini kadang kala dikategorikan sebagai sejenis muk, jeli daripada kanji bijirin disebabkan rupa dan teksturnya yang hampir sama.

Jokpyeon

Hanja
Hangul 족편
McCune–Reischauer chokp'yŏn
Perumian Semakan jokpyeon

Rujukan

WikiPedia: Jokpyeon http://www.ybrt.cn/board.php?board=yanbian_06&act=... http://kordic.empas.com/dicsearch/view.html?i=3445... http://www.encyber.com/search_w/ctdetail.php?maste... http://www.encyber.com/search_w/ctdetail.php?maste... http://www.foodnara.com/partner/food/cook/ohfd1701... http://www.tongilnews.com/news/articleView.html?id... http://helloandong.go.kr/KOREA/Prog/Life/b021_02.a... http://koreanfood.rda.go.kr/tf_srch/TF_detail.aspx... http://koreanfood.rda.go.kr/tf_srch/tf_detail.aspx... http://web.archive.org/web/20090414053422/http://w...