Kerjaya Jung_Joon-young

Tempoh sebagai Indie Band

Jung berpindah ke Korea Selatan pada tahun berikutnya untuk memulakan kerjaya muzik dan tidak lama kemudian menandatangani kontrak dengan agensi hiburan, Danal Entertainment yang kononnya akan menerbitkan lagu solo Joon-young berjudul Rock Trip pada 2010 serta single digital bertajuk "환상 Fantasy" pada tahun 2012.

Pada tahun 2008, agensi Starkim Entertainment memilih Jung sebagai vokalis LEDApple.[14] Sebagai salah seorang anggota, dia perlumenjalani proses latihan dan bahkan siap rakaman album debut bersama band, bagaimanapun, sebelum debut LEDApple pada tahun 2010, agensi Starkim Entertainment telah mendapat tahu yang Joon-young sudah ada kontrak dengan agensi lain yang menolak untuk menamatkan kontrak Joon-young, maka beliau terpaksa dikeluarkan dari LEDApple.[15]

Pada tahun 2010, Jung terjun ke dunia muzik indie di Hongdae, Seoul dan membentuk pelbagai band seperti Flower Mist yang busking di Jepun dan Switch On yang membuat persembahan untuk kelab teater amatur.

Jung pernah menjadi model untuk beberapa gedung beli-belah atas talian. Beliau juga pernah berlakon untuk iklan untuk "BGF retail" (sebuah francais) dan mengambil bahagian dalam video muzik artis lain seperti "Liquor Bottle" (술병 oleh Haha).[16][17] Jung muncul dalam rancangan hiburan Ulzzang Generation 얼짱시대 Musim 5 (Ep.1~Ep.8)[18][19] dan merujuk program ini, beliau berkata, "Orang-orang lain tidak suka program ini kerana mereka pikir rancangan ini adalah hanya tentang lelaki yang kacak dan perempuan cantik berbual dalam sebuah rancnagan TV, tetapi ini adalah kesempatan yang baik untuk [dia] untuk membuat wang."

Sejak bandnya, "Switch On" masih tidak popular, Jung Joon-young cuba menyertai Superstar K4 bersama ahli-ahli lain untuk meraih populariti, namum mereka tidak boleh meneruskan uji bakat tersebut kerana masalah visa ahli-ahli lain. Maka, Joon-young memutuskan untuk meneruskan uji bakat tersebut sebagai artis solo.

Semasa Superweek, suara serak yang rendah, penampilan, dan watak yang tidak menentu menarik perhatian penonton serta juri-juri, terutama sekali PSY. Selain itu, duet beliau dengan Roy Kim menyanyikan lagu "먼지가 되어 (Becoming Dust)" oleh (Kim Kwang-Suk), yang Jung ubah dari balada kepada versi rock, menjadi hit besar dan merupakan lagu duet uji bakat terbaik.[20][21] Selepas lagu tersebut dikeluarkan, ia mencapai status "all-kill" dalam carta masa sebenar dan memenangi 20's Hot Choice Cover oleh Mnet serta Lagu Karaoke Paling Popular untuk tahun 2013 di Anugerah Carta Gaon K-pop Ke-3 (3rd Gaon Chart K-pop Awards). Jung berisiko untuk diundi keluar beberapa kali dalam rancangan tersebut, namun beliau akhirnya dapat mencapai ke peringkat akhir melalui pilihan Psy semasa keputusan akhir juri-juri.

Sepanjang peringkat akhir, dia tetap dengan gaya rock sebagai gaya muzik beliau sahaja. Dia berulang kali disarankan oleh juri-juri untuk cuba genre-genre muzik yang berbeza seperti balada. Namun, sebaliknya, kegigihan beliau tentang muzik rock menarik hati ramai penonton, dan akhirnya, ia membantu beliau menubuhkan golongan peminat yang kuat. Dia mampu untuk mengharungi peringkat ketiga melalui sejumlah besar undi telefon. Antara lagu yang mewakili gaya muzik rock beliau adalah "매일매일 기다려 Waiting Everyday" (TeeSams), "Bed of Roses" (Bon Jovi), dan "Outsider" (Bom-Yeoreum-Gaeul-Gyeoul 봄여름가을겨울)[22] di mana persembahan ini medapat sambutan yang positif dari para hakim dan penonton. Pada peringkat kelima, dia telah diminta untuk menyanyikan lagu rock balada oleh kumpulan IZI bertajuk "응급실 Emergency Room"[23] yang telah dipilih oleh para penonton tanpa menghiraukan gaya muzik beliau. Tidak disangka-sangka, ia menduduki tangga teratas dalam carta-carta atas talian dan juga memperoleh reaksi yang sangat baik dari orang ramai.[24]

Walaupun dia telah disingkirkan di peringkat keenam suku akhir sebagai Top 3, Jung disebut semasa dalam wawancara selamat tinggal "Superstar K4 adalah titik tolak untuk [nya] muzik kerjayanya. Sebelum [dia] mencuba untuk Superstar K4, hanya orang-orang yang suka musik rock mendengar [nya] lagu-lagunya. Bagaimanapun, sekarang lebih ramai orang yang mendengar [nya] musik dan mengakui bakat [dia]. [Dia] berasa senang [yang] harus membuat [dirinya] dikenali melalui Superstar K4."[25]

2013: Debut dan 1st Mini Album

Selepas Superstar K4, Jung telah mengadakan konsert-konsert, program TV dan radio, model untuk kereta, pakaian, permainan, skrin-N dan arak. Dari 6 Mei, beliau menjadi DJ untuk program radio Close Friend terbitan MBC FM4U hingga 1 September. Beliau juga tampil dalam beberapa rancangan TV termasuk Immortal Songs: Singing the Legend, Happy Together (terbitan KBS2), Radio Star, dan We Got Married (terbitan MBC). Beliau telah menyertai rancangan hiburan 2 Days & 1 Night Musim 3 terbitan KBS2 sejak 1 Disember.

Pada 21 Mei, Jung, menandatangani kontrak dengan CJ E&M selepas menerima banyak tawaran dari syarikat-syarikat hiburan.[26][27][28]

Selepas menandatangani kontrak dengan CJ E&M, Jung melancar lagu debut single berjudul "Spotless Mind (병이에요)" dengan dua versi muzik video: versi S dan versi N pada 1 Oktober. Hanya selepas sati jam dilancarkan, lagi ini telah menduduki tempat pertama di Mnet, Bugs, dan Soribada.[29]

Pada 10 Oktober, Jung debut dengan melancarkan album EP, Jung Joon Young 1st mini album. EP ini mengandungi enam buah lagu, termasuk lagu, "The Sense of an Ending" (이별 10분 전), dan dua lagu yang beliau bersama-sama menulis dan gubah: "Missed Call" (아는 번호) dan "Take off Mask". EP tersebut meraih kejayaan yang sederhana, menduduki tempat pertama dalam carta harian dan carta mingguan Synnara Record dalam minggu pertama. Tambahan pula, "Spotless Mind" (병이에요) menduduki tempat ketiga dan "The Sense of an Ending" (이별 10분전) juga menduduki tempat kedua dalam rancangan musik Music Core terbitan MBC. idsoft3@reviewstar.net (February 2018). "정준영, CJ E&M과 전속계약 확정 "올 여름 앨범 활동 예정"publisher=reviewstar". Diarkibkan daripada asal pada May 3, 2014. Dicapai May 21, 2013. 

Beliau melawat Taiwan untuk mempromosikan EP pertama beliau pada 8 Disember dan menyapa seramai 1,000 peminat Taiwan dan mengadakan sesi autograf serta mengadakan persembahan untuk mereka yang membeli album edisi terhad istimewa.[30]

Jung menerima anugerah Artis Solo Lelaki Baru untuk "이별 10분전 (The Sense of an Ending)" dan Lagu Karaoke Paling Popular sepanjang tahun untuk "먼지가 되어 (Becoming Dust)" di Anugerah Carta Gaon K-pop ke-3 (3rd Gaon Chart K-Pop Awards). Beliau juga menerima anugerah Bintang Tahunan (Star of the Year) di Anugerah Hiburan MBC (MBC Entertainment Awards).[petikan diperlukan]

2014: Teenager dan 2 Days & 1 Night Musim 3

Jung at KCON in Los Angeles, 2014

Pada 2 Januari, beliau melancarkan lagu runut bunyi untuk drama Pretty Man berjudul "하루만 (I'm Nobody)" ditulis dan digubah beliau sendiri yang mengandungi dua versi iaitu versi rock Amerika dan versi pop British. Versi rock balada untuk "I'm Nobody (하루만)" telah menduduki tangga teratas Carta Bugs (Bugs Chart) dan Carta Mnet dalam masa lima hari selepas dilancarkan.[31]

Pada 12 Mac, Jung, melancarkan lagu sorak rasmi, "Always Reds", yang merupakan kolaborasi dengan kumpulan hip hop Soul Dive, sebuah lagu dalam album sorak rasmi Red Devils' "We are the Reds" untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[32]

Jung berkolaborasi dengan Younha untuk lagu duet "달리함께 (Just the way you are)" yang memberi menggalakkan orang untuk mempunyai keyakinan. Lagu ini menggabungkan irama rock dan balada.[33] Apabila tiba hari pelancaran pada 29 Mei, ia menduduki tangga terats dalam beberapa carta musik seperti Mnet, Bugs, dan Olleh Music.[petikan diperlukan]

Jung kembali dengan EP kedua berjudul Teenager, pada 26 Jun. Semua lagu dalam EP tersebut disusun dan digubah oleh Jung sendiri dan beliau juga terlibat dalam reka bentuk dan produksi konsep album, reka bentuk muka depan dan perkara-perkara lain berkaitan dengan album ini. Tema album ini "dewasa yang bermimpi (the adult who dreams)" dan mengandungi niat Jung yang mahu orang yang sudah tidak mampu berdepan dengan keadaan dunia sekarang untuk kembali mempunyai impian.[34][35] Ia menduduki tangga ketiga dalam Carta Album Gaon (Gaon Album Chart) dalam minggu pertama ia dilancarkan.

Pada 19 Julai, Jung menyertai barisan pelakon drama Pretty Man sebagai artis undangan untuk konsert drama tersebut di Jepun.[36] Jung Joon-young tampil di KCON Los Angeles, California sebagai salah seorang pengacara majlis dan juga artis yang akan membuat persembahan dari 9 Ogos hingga 10 Ogos dan membuat debut Amerika dengan menyanyikan single-single beliau, termasuk lagu ciptaan sendiri "Teenager". Beliau juga menghiburkan penonton dengan menyanyikan lagu "Black or White" oleh Michael Jackson dengan cara beliau yang tersendiri .[37] Selepas sesi pengenalan di Taiwan, beliau mengadakan konsert jelajah berjudul "2014 Demo Live Tour with Jung Joon-young," di China, bermula pada 14 November di Beijing, diikuti di Shenzhen pada 15 November dan di Shanghai pada 16 November.[38]

Pada 1 Ogos, wakil Jung Joon-young menyatakan bahawa Joon-young akan cuba berlakon di layar perak melalui filem bertajuk Love Forecast bersama Lee Seung-gi dan Moon Chae-won di mana karakter yang bakal dimainkan Jung Joon-young mempunyai perasaan cinta satu pihak terhadap karakter yang akan dimainkan oleh Moon Chae-won.[39]

Jung Joon-young mengambil bahagian dalam runut bunyi drama Modern Farmer terbitan SBS, menyanyikan lagu "Same Place" yang merupakan lagu irama balada rock yang meceritakan kisah cinta yang amat menyedihkan.[40] Tidak lama setelah "Same Place" dilancarkan pada 5 Disember, runut bunyi untuk drama Blade & Soul berjudul "Show Time" dilancarkan pada 17 Disember.

Dengan kehadiran beliau dalam rancangan hiburan 2 Days & 1 Night musim ketiga terbitan KBS, beliau memenangi Anugerah Penghibur Terbaik dalam Rancangan Hiburan (Top Entertainer Award in a Variety Show) di Anugerah Hiburan KBS ke-14 (2014 KBS Entertainment Awards).[41]

2015: Debut Layar Perak dan JJY Band

Jung Joon-young membuat penampilan debut di layar perak melalui filem romantik komedi Love Forecast, yang mula ditayangkan pada 15 Januari.[42] Beliau kemudian membintangi drama 19+ berjudul The Lover, disiarkan oleh Mnet, memainkan peranan sebagai ahli muzik yang tidak popular dan bertemujanji dengan perempuan yang lebih tua dari beliau sebanyak 12 tahun.[43] Kemudian, beliau melakukan penampilan cameo dalam episod ke-10 drama The Producers, bersama Roy Kim sebagai anti-peminat (anti-fan).

Kemudian, beliau membuat penampilan debut dengan band rock JJY Band, dengan pelancaran album pertama mereka, Escape to Hangover, dan lagu utama "OMG" pada 27 Mei. "OMG" digubah oleh Joon-young dan Lee Seung-joo (ahli band Vanilla Unity).[44][45] Album debut mereka menerima kritikan positif dari peminat muzik dan para pengkritik.[46]

Beliau kemudiannya menyertai rancangan hiburan berjudul Old House, New House disiarkan oleh JTBC sebagai ahli tetap. Rancangan ini menyatukan artis dan pereka hiasan dalaman untuk menyediakan dekorasi dalaman rumah dan penambahbaikan, di mana setiap minggu, dua kumpulan akan bertanding sesama sendiri untuk menentukan pasukan mana yang telah membuat renovasi rumah yang lebih baik.[47][48]

2016: Sympathy

Wakil dari CJ E&M mengumumkan yang kontrak mereka dengan Joon-young akan berakhir pada November 2015.[49] Beliau mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak tersebut. Pada 5 Januari 2016, C9 Entertainment mengumumkan bahawa Joon-young dan band beliau telah menandatangani kontrak eksklusif bersama syarikat rakam mereka, REALIVE.[50]

Pada 19 Februari, Joon-young mengumumkan kembalinya beliau ke industri muzik dengan album single, 공감 (Sympathy). Beliau memilih soft rock sebagai bunyi utama untuk album solo beliau. "공감 (Sympathy)", judul lagu utama, adalah lagu duet yang dirakam bersama penyanyi Korea, Seo Young-eun. Ia telah ditulis, digubah dan dihasilkan oleh Joon-young sendiri. Beliau juga menulis, menggubah dan menghasilkan satu lagi lagu di dalam album tersebut dan menampilkan kebolehan muzik beliau yang amat luas di dlama album tersebut. Beliau melancarkan lagu-lagu baru beliau buat pertama kali semasa konsert JJY Band pada 20 dan 21 Februari di Dewan Seni, Pusat Seni Lottecard (Art Hall of Lottecard Art Center) di Seoul. 공감 (Sympathy) dilancarkan pada 24 Februari bersama muzik videonya.[51] Pada 26 Februari, beliau melancarkan muzik video untuk lagu kedua dari album tersebut berjudul "Amy".

Stesen TV kable tvN mengumumkan pada 7 Mac bahawa Joon-young akan menyertai rancangan masakan mereka, 집밥 백선생 2 (Mr. Baek The Homemade Food Master Season 2), sebagai ahli tetap di mana beliau akan belajar memasak dari Baek Jong-won, chef popular dari Korea, tentang seni masakan rumah.[52] Pada 30 Mac, stesen TV kable JTBC mengumumkan Joon-young akan bersama artis Kangin, Jeong Jinwoon, dan Lee Chul Woo untuk sebuah rancangan hiburan realiti baru, Hitmaker, di mana mereka akan meneroka sukan-sukan di negara-negara lain.[53]

2017: The First Person

Pada 31 Januari, Joon-young mengumumkan melalui akaun Instagram beliau yang beliau akan melancarkan album penuh pertama beliau bertajuk 1인칭 (The First Person). Pada 1 Februari, C9 Entertainment mengumumkan bahawa lagu berjudul "나와 너 (Me and You)" akan menjadi lagu utama, merupakan lagu berirama balada menampilkan penyanyi veteran Korea, Jang Hye-jin.[54] Dua hari kemudian, agensi Joon-young mendedahkan senarai penuh lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam album tersebut melalui akaun Twitter mereka. Album ini mengandungi sembilan lagu termasuk intro dan outro, lima lagu baru dan dua buah lagu dari album single terdahulu beliau, 공감 (Sympathy). Semua lagu di dalam album ini ditulis, digubah dan disusun oleh Joon-young sendiri. Penerbit album ini adalah Jung Joon-young dan Lee Ji-hyun.[55] Album ini dilancarkan secara atas talian pada 7 Februari. Muzik video untuk lagu utama "나와 너 (Me and You)" telah dikongsikan di laman YouTube rasmi Joon-young.[56] Pada 18 Februari, agensi Joon-young mengumumkan bahawa versi bahasa Cina untuk album ini akan dilancarkan secara atas talian melalui iTunes dan KKBox pada hari tersebut di empat buah negara iaitu Taiwan, Hongkong, Singapura dan Malaysia. Versi CD telah dilancarkan pada 17 Mac. Versi bahasa Cina mengandungi 12 lagu termasuk sembilan lagu dari versi Korea dan tiga versi bahasa Cina untuk lagu "Sympathy", "Amy", dan "Me and You".[57]

2018: Debut sebagai pemain video profesional dan "Fiancée"

Pada 18 Januari, C9 mengumumkan bahawa Joon-young telah menyertai pasukan "Team Kongdoo", sebuah pasukan eSports, yang pakar dalam permainan video PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) sebagai pemain video profesional dan mereka telah mengadakan upacara kemasukan pada 17 Januari.[58][59]

Pada 5 Mac, C9 Entertainment mengumumkan bahawa Joon-young akan melancarkan single terbaru pada hujung bulan.[60] Tajuk single tersebut kemudian didedahkan sebagai "Fiancée" dan akan dilancarkan pada 29 Mac.[61]

Jung mengadakan konsert solonya berjudul "Sing" pada 19 & 20 Mei di Dewan Langsung Shinhwa Cardan Square, Mapo, Seoul.[62]

Jung membuat penampilan di 2018 World DJ Festival Anthem Compilation, mengadakan persembahan lagu baru berjudul "Fly" bersama kumpulan Advanced pada 28 Mei.[63]

Pengumuman dibuat bahawa Jung akan terlibat dalam pembikinan lagu-kagu tema untuk Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia. Jung akan menyanyikan lagu ketiga berjudul, Hifive Republic of Korea dalam album yang berjudul, We, The Reds.[64]

Pada 13 Julai, Jung bersama Yook Sung-jae (ahli kumpulan idol BTOB) terlibat dalam pelancaran media rancangan realiti terbitan Viu berjudul "Hello K-Idol". Dilaporkan bahawa mereka berdua akan bertindak sebagai mentor khas.[65][66]

Jung kembali ke Manila, Filipina pada 22 September 22 untuk mengadakan pertemuan dengan peminat, Fiancée buat pertama kali di negara itu. Beliau menyatakan bahawa beliau berharap dapat membawa kumpulan Drug Restaurant ke Manila untuk satu konsert tahun hadapan.[67][68]

Pada 19 Oktober 2018, Jung mengumumkan dalam akaun media sosial beliau Instagram bahawa beliau akan membuka sebuah restoran secara rasminya yang diberi nama 'Maison de Coréein' di Paris tahun hadapan selepas sebulan menjalankan operasi sebagai restoran pop-up.[69]

Rujukan

WikiPedia: Jung_Joon-young http://www.allkpop.com/article/2013/05/jung-joon-y... http://www.allkpop.com/article/2013/07/winners-of-... http://www.allkpop.com/article/2013/12/jung-joon-y... http://www.allkpop.com/article/2014/02/winners-fro... http://www.allkpop.com/article/2014/08/after-schoo... http://www.allkpop.com/article/2014/12/jung-joon-y... http://www.allkpop.com/article/2015/05/exclusive-j... http://www.allkpop.com/article/2015/05/jung-joon-y... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2019/... http://news.donga.com/3/all/20120924/49628350/3