Ekonomi Karachi

Karachi merupakan ibu kota kewangan dan ekonomi Pakistan.[29] Sejak kemerdekaan Pakistan, Karachi menjadi pusat ekonomi Pakistan serta ekonomi bandar terbesar negara meskipun menghadapi pertelingkahan sosiopolitik pada 80-an dan 90-an. Bandar ini membentuk sebuah koridor ekonomi yang melitupi Karachi dan bandar-bandar berdekatan, Hyderabad dan Thatta.[30] Karachi memiliki KDNK sebanyak kira-kira $113 bilion setakat 2014.[31]

Kebanyakan bank awam dan swasta Pakistan beribu pejabat di Jalan I. I. Chundrigar di Karachi yang juga dikenali sebagai "Wall Street Pakistan",[10] dengan kebanyakan aliran wang dalam ekonomi Pakistan berlaku di jalan ini. Kebanyakan syarikat antarabangsa asing yang beroperasi di Pakistan beribu pejabat di Karachi. Karachi ialah pusat bagi Bursa Saham Karachi.