Demografi Karachi

Karachi disifatkan sebagai bandar dengan kepelbagaian bahasa, etnik dan bahasa yang paling ketara di Pakistan. Bancian 2017 mengesahkan Karachi memiliki penduduk sejumlah 14,910,352 orang, meningkat 2.49% per tahun sejak bancian 1998, ketika jumlah penduduk Karachi dianggarkan sebanyak 9.3 juta orang.[18]

Agama

Agama di Karachi[19][20][21][22]
AgamaPeratus
Islam
  
93.6%
Kristian
  
2%
Hindu
  
4%
Lain-lain
  
0.4%

Karachi ialah salah satu bandar dengan kepelbagaian agama paling ketara di Pakistan. Penduduk Karachi mengikut pelbagai mazhab Islam. Segelintir masyarakat juga menganut Kristian Protestan dan Katolik Goa. Selain itu, Karachi juga memiliki golongan penganut Hindu dan komuniti Majusi yang kecil.

Sebelum kemerdekaan Pakistan, masyarakat bandar dianggarkan terdiri daripada 50% orang Muslim, 40% penganut Hindu dengan selebihnya adalah kebanyakannya penganut Kristian (orang British serta tempatan) serta komuniti kecil Yahudi. Selepas kemerdekaan negara, banyak penduduk Hindu berpindah ke India manakala pihak Muslim dari India pula berpindah ke Karachi. Bandar ini juga menari imigran dari seluruh Pakistan, menyebabkan populasi bandar meningkat hampir dua kali ganda pada 50-an. Oleh sebab migrasi ini, hampir 96.5% penduduk bandar ialah Muslim.

Hampir keseluruhan penduduk Karachi ialah Muslim, tetapi bandar ini ialah salah satu bandar paling sekular di Pakistan. Kira-kira 85% penduduk Muslim Karachi ialah Ahli Sunah Waljamaah (Sunni) manakala selebihnya ialah Syiah.[23][24][25] Penganut Sunni secara lazimnya mengikut mazhab Hanafi dengan pengaruh kesufian terhadap amalan keagamaan dengan menggalakkan puji-pujian kepada tokoh sufi seperti Abdullah Shah Ghazi dan Mewa Shah. Penganut Syiah pula biasanya mengikut mazhab Imam Dua Belas denga minoriti Ismailiyah.

Bahasa

Karachi memiliki penutur bahasa Urdu terbesar Pakistan.[26] Saiz penduduk Karachi berdasarkan bahasa pertuturan adalah seperti di bawah:

BahasaBancian 1998[27]PenuturBancian 1981[28]Penutur
Urdu48.52%4,497,74754.34%2,830,098
Punjabi13.94%1,292,33513.64%710,389
Pashto11.42%1,058,6508.71%453,628
Sindh7.22%669,3406.29%327,591
Baloch4.34%402,3864.39%228,636
Saraiki2.11%195,6810.35%18,228
Lain-lain12.44%1,153,12612.27%639,560
Jumlah100%9,269,265100%5,208,132