Pengangkutan Karachi

Karachi memiliki jaringan kereta api dengan panjang kira-kira 9,500 km.[32] Bandar ini dihubungkan dengan laluan kereta api ke seluruh negara oleh Pakistan Railways. Stesen-stesen kereta api utama termasuklah Stesen Bandar Karachi dan Karachi Cantonment. Bandar ini juga memiliki hubungan laluan kereta api antarabangsa, iaitu hubungan ke Stesen Bhagat Ki Kothi di Jodhpur di India dari Stesen Karachi Cantonment oleh Thar Express.[33]

Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah merupakan lapangan terbang utama Karachi dan lapangan terbang tersibuk Pakistan dengan mengendalikan 6.2 juta orang penumpang pada 2015.[34] Struktur terminal kini dibina pada 1992 dan dibahagikan kepada bahagian domestik dan antarabangsa. Lapangan terbang ini dijadikan sebagai platform bagi syarikat penerbangan kebangsaan, Pakistan International Airlines, PIA.

Pelabuhan Karachi dan Pelabuhan Qasim merupakan pelabuhan-pelabuhan utama Pakistan yang terletak di Karachi. Pelabuhan-pelabuhan ini mengendalikan 95% perdagangan kargo Pakistan antara pelabuhan-pelabuhan asing.[35]