Sinopsis Kembara_Khazanah

Keseluruhan

Siri Jelajah Dunia

Kembara Khazanah Perancis

Pencurian Berlian Florentine Di Perancis!

Profesor Gu-Bon, Eun-Ju dan Pang-Yi telah diarah menjalankan misi mencari berlian ini yang dikatakan pernah dipakai Permaisuri Perancis. Namun begitu, Kembara khazanah ini tidaklah semudah yang disangka kerana Dr Bong telah menyamar sebagai pakar berlian untuk merampas berlian tersebut! Mampukah Pang-Yi menyelesaikan misi ini?

Apakah taktik yang digunakan Profesor Ji Gu-Bon? Adakah berlian ini berpuaka sehinggakan sesiapa yang memakainya akan dirundung malang? Semua persoalan akan terjawab dalam buku ini!

Kembara Khazanah China

Ekspedisi Menghalang Warisan China Diseludup Keluar!

Pang-Yi dan rakan-rakan berkunjung ke China untuk tugasan arkeologi di Makam Maharaja Qin Shi Huang. Kemudian mereka diberitahu lukisan Yang Guifei yang amat berharga telah dicuri Dr.Bong. Bagaimanakah mereka menjejaki Dr.Bong dan mendapatkan semula lukisan itu? Bagaimana pula mereka mengenal pasti ketulenan lukisan dan bertarung dengan juara wusya China? Marilah bersama-sama Pang-Yi menyempurnakan tugasan mencabar dan misteri ini!

Kembara Khazanah India

Kembara Khazanah India!

Dr William, seorang ahli arkeologi terkenal hilang secara tiba-tiba di India! Beliau diupah kerajaan India untuk menjalankan kerja pemuliharaan Taj Mahal. Tanpa disangka, beliau menemui pisau belati Sha Jahan abad ke-17! Adakah pisau ini berpuaka sehingga menyebabkan kehilangan Dr William? Mampukah Profesor Gu-Bon dan Pang-Yi menjejak misteri kehilangan ini? Mari kembara bersama Pang-Yi dan kumpulannya demi menyelamatkan Dr William dan harta karun misteri India!

Kembara Khazanah Mesir

Meneroka Keajaiban Piramid Dan Khazanah Agung Tutankhamun!

Demi meneroka keajaiban piramid, Pang-Yi bersama rakan-rakan bertekad ke Mesir. Tanpa diduga, pesaing terhebat Profesor Ji Gu-Bon turut serta dalam misi ini. Apakah misteri piramid yang mengejutkan mereka? Mampukah kai[Penjelasan diperlukan] ini membawa adik-adik menyelami tamadun Mesir purba penuh misteri! Jom sertai mereka menyelongkor misteri piramid dan khazanah agung Tutankhamun!

Kembara Khazanah Amerika

Menjejaki Misteri Harta Karun Columbus!

Menurut legenda, setelah Columbus menjelajah Amerika Utara, beliau kehilangan harta karun itu menimbulkan tanda karun yang sangat berharga[Penjelasan diperlukan]. Kehilangan harta karun itu menimbulkan tanda tanya. Demi menyelesaikan misteri ini, CIA memanggil duo ahli arkeologi secara sulit ke Amerika.

Benarkah wujud harta karun peninggalan Columbus? Siapakah Do Tori dalam misi kembara kali? Pada masa sama, adik-adik juga dapat mempelajari fakta menarik tentang Amerika. Jom sertai ejen arkeologi sulit ke Amerika!

Kembara Khazanah Jepun

Mencari Rahsia Di Sebalik Pedang Bermata Tujuh!

Ketika pemerintahan Tiga Kerajaan di Korea, Raja Baekje menghadiahkan Pedang Bermata Tujuh kepada Jepun. Kini, ia diwartakan sebagai Khazanah Negara Jepun. Tanpa diduga, inskripsi yang diukir pada pedang itu telah mencetus kontroversi antara dua negara tersebut. Penemuan serpihan pedang ini oleh Profesor Mo memecah kemelut yang melanda. Namun, pedang itu seolah-olah sengaja dipatahkan. Dr Bong pula sudah bersedia dengan muslihat liciknya! Berjayakan Pang-Yi dan rakannya, Bok-Nam membantu Profesor Mo mematahkan rancangan jahat Dr Bong?

Kembara Khazanah Jerman

Mungkinkah harta karun di Jerman sudah lenyap?

Di manakah harta karun Nazi disembunyikan?Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Pang-Yi dan rakan-rakan mengembara ke negara Jerman. Nasib tidak menyebelahi mereka apabila usaha tidak membuahkan hasil. Betulkah harta karun tersebut telah lenyap? Bagaimanakah Pang-Yi akan berdepan dengan halangan kali ini...?

Kembara Khazanah Brazil

Khazanah emas di Amazon!

Ketika dalam latihan skil bola sepak di akademi terkenal Brazil, Pang-Yi teringin melihat kemeriahan Karnival Rio yang terkenal serata dunia. Tanpa disangka, dia terserempak dengan komplot melarikan topeng purba Inca yang ada petunjuk harta karun emas tamadun purba Inca.  Profesor Ji Gu-Bon dan Profesor Maria yang turut sama menjejaki emas Inca itu terpaksa berhadapan ular mengerikan, sungai dua laluan dan lelaki misteri. "Emas" Inca sedia menanti kunjungan...

Kembara Khazanah Turki

Terjerat laluan berliku Derinkuyu!

Demi wasiat rahsia arkitek terhabat Sinan Empayar Ottoman, Pang-Yo, Tori dan Profesor Ji menjejakkan kaki di Turki. Mereka menemui petunjuk harta dalam wasiat itu dengan bantuan Profesor Mamut yang kononya berketurunan Sinan. Petunjuk ini membawa mereka ke Cappadocia. Benarkan harta itu tersembunyi di situ? Tanpa disedari mereka diperangkap!

Kembara Khazanah Sepanyol

VIVA SEPANYOL!

Do Tori kembali beraksi mencari khazanah berharga Sepanyol! Kekecewaan Tori dalam pertandingan catur bagai jatuh ditimpa tangga apabila timbul masalah lain. Dia dan keluarga mendapati mereka terperangkap dalam "gerakan kemerdekaan" dan penjenayah negara Sepanyol! Bagaimanapun apabila melibatkan keselamatan negara, Tori pasti melakukan yang terbaik. Keadaan bertambah rumit apabila penyangak "Paris", Bong Pal-Yi membuat keputusan untuk cuba menjalani kehidupan lebih normal. Bagaimana Pal-Yi menjalankan peranannya kali ini?

Kembara Khazanah Belanda

Mencari Lukisan Rembrandt, Pelukis Terkenal Belanda!

Kes rompakan lukisan Rembrandt yang tidak pernah diketahui kewujudannya telah berlaku di Amsterdam, Belanda!Nuri yang sedang belajar di Belanda meminta bantuan daripada pakar khazanah kita dan mereka bercadang mencari penggila Rembrandt iaitu Profesor Jan demi menyelesaikan kes ini.Pang-Yi menjumpai bukti yang ditinggalkan oleh pencuri dan bahan cat pada abad ke-17 di atelier Profoser Jan, lalu memulakan siasatan. Mark dari Treasure Master juga nampaknya ada kaitan dalam kejadian ini!Ikuti pengembaraan Pang-Yi di Belanda dikelilingi tulip cantik dan pemandangan indah demi mencari lukisan bernilai yang hilang.

Kembara Khazanah Mexico

Piramid Maya! Profesor pula hilang?!Misteri perlu diselesaikan!

Ketika dalam perjalanan ke Mexico, Dr. Do To-ran mendapat tahu musuhnya, Profesor Ji Gu-Bon menemui sesuatu yang menakjubkan; Piramid Maya! Keinginan Dr. Do untuk berkongsi kejayaan itu terbantut dengan kehilangan misteri Profesor Ji secara tiba-tiba. Anaknya Do To-Ri ditugaskan ketuai siasatan. Pelbagai cabaran menanti dua beranak ini. Tiada masa untuk berseronok kerana melibatkan nyawa malah mungkin dunia bakal terancam! Mari kita saksikan perjalanan penuh pancaroba dalam Kembara Khazanah Mexico.

Kembara Khazanah Kanada

Tiadalah hujan permata yang jatuh dari langit!

Pang-yi menerima e-mel misteri yang menawarkan kembara khazanah berserta petunjuk tetapi Tori pula lebih teruja untuk berjumpa pengirimnya, Cik K.Malah Bong Pai-yi yang sudah lama menghilangkan diri juga muncul semula! Apa yang menarik dengan daun mapel, air terjun dan catatan dalam diari Kapten Jacques Cartier? Betulkan hujan permata wujud?

Jangan lepaskan peluang mengikut pegembaraan hebat meraka!

Kembara Khazanah Vietnam

Pencarian masakan terunggul Vietnam tiada tandingannya!

Pang-Yi dan Profesor Ji mendapat ke festival makanan Vietnam. Pertemuan dengan Raja Masak Vietnam membawa diraja Dinasti Nguyen. Pang-Yi dan Profesor Ji nekad mencarinya kerana berazam untuk menjamah hidangan juri masakan yang tidak dapat melupakan hidangan itu semasa Perng Vietnam. Keadaan di Vietnam menjadi kelam-kabut gara-gara hidangan terunggul. Di manakah resipi rahsia yang penuh dengan dan sejarah Vietnam itu?

Kembara Khazanah Austria

Menburu nota muzik Mozart dan kembara muzikal Austria!

Semasa Do Tori mengadakan persembahan violin di Vienna, Austria, dia berkenalan dengan seorang permain piono digelar "The little Mozart", Pertemuan mereka diatur oleh waris Habsburg, keluarga bangsawan Austria. Do Tori menerima pelawaan teman barunya untuk mencari nota muzik Mozart yang tidak pernah didedahkan. Bagaimanakah cabaran kembara muzikal ini?

Kembara Khazanah Cuba

Muzik dan semangat revolusi kunci pencarian harta karun di Laut Caribbean!

Panggilan kecemasan daripada Profesor William membuatkan Profesor Ji dan Pang-Yi bergegas ke Cuba. Mereka menemui peta harta karun yang berada di Laut Caribbean. Bong Pal-yi juga menuju ke Cuba setelah mendapat  maklumat kononya daripada waris lanun terkenal, Henry Morgan. Masyarakat Cuba terkenal dengan keramahan, muzik dan sejarah revolusinya. Ayuh rasai pengalaman pencarian harta karun di Laut Caribbean!

Kembara Khazanah Afrika Selatan

Mencari Berlian di "Negara Pelangi"!

Piala Dunia 2010 lebih bermakna jika "Berlian Pelangi" dapat mewakili imej Afrika Selatan. Semasa mencari berlian itu pelbagai cabaran ditempuhi termasuklah safari menggerunkan. Eun-Ju pula rambang mata melihat keunikan kraf tangan tempatan. Manakala Pang-Yi cuba menunjukkan skil bola sepaknya. Keadaan bertukar sedih apabila mereka mengetahui kisah sebenar dasar aparteid yang menyebabkan rakyat menderita. Marilah bersama-sama mengembara sambil menghayati alam semula jadi Afrika Selatan!

Kembara Khazanah Switzerland

Pencarian Piagam Persekutuan, perjanjian asas penubuhan negara Switzerland! 

Dalam kesibukan warga Bern, ibu negara Switzerland membuat persiapan sambutan Hari Kebangsaan, Piagam Persekutuan iaitu perjanjian gabungan Swiss asli dicuri dan digantikan dengan dokumen palsu. Pang-Yi dan Profesor Ji Gu-Bon cuba mengesan artifak penting itu. Bersama Annette, remaja Swiss, Pang-Yi hanya mempunyai masa seminggu untuk menjejaki pencuri itu dan mendapatkan semula artifak penting negara. Seperti biasa, sikap terlalu yakin dan bangga diri Pang-Yi kadangkala membawa masalah dalam misi mereka. Keindahan memukau pergunungan Alps yang diliputi salji menjadi masalah pada Raja Kembara Pang-Yi. Mujurlah Annette banyak membantu. Siapa pula sanggup mencuri khazanah negara Switzerland? Berjayakah Pang-Yi mengembalikan artifak penting itu dalam masa begitu singkat?

Kembara Khazanah New Zealand

Hanya pahlawan Maori boleh menemui harta karun!

Pencarian harta karun dalam kisah legenda! Kunjungan butler Katherine memaksa Tori dan Remi terlibat dalam pencarian harta karun Maori di New Zealand. Namun, Tori perlu lulus ujian pahlawan Maori jika mahu meneruskan usahanya. Mampukah Tori memcabar diri dan menangani akrofobia? Layakkah dia digelar pahlawan Maori? Rasai sendiri pengembaraan pahlawan sejati di New Zealand!

Kembara Khazanah Filipina

Magellan tinggalkan harta karun di Filipina?

Pang-Yi Filipina untuk ke Filipina untuk mengkaji budaya tradisional Asia. Kemudian dia membantu paderi dan pemuda Filipina, Joseph kerana biara dimasuki pencuri. Pang-Yi dan Joseph mencari lokasi harta peninggalan Magellan semasa dalam perjalanan. Adakah benar harta itu dibawa Magellan semasa kali pertama ke Filipina? Adakah Pang-Yi dan Joseph dapat melindungi harta berharga itu?

Kembara Khazanah Sweden

Khazanah palsu petunjuk khazanah sebenar!

Profesor Ji dan Pang-Yi menghadiri majlis pengumuman khazanah oleh Count von Fersen di Sweden. Tetapi sebaik sahaja Count memperkenalkan beberapa syiling emas, beliau ditahan polis. Profesor Ji da Pang-Yi baru menyedari bahawa khazanah yang dipamerkan itu palsu! Namun sebenarnya khazanah palsu itu petunjuk penting untuk mendapatkan khazanah sebenar! Di manakah khazanah sebenar? Bagaimanakah nasib Count selepas itu?

Kembara Khazanah Finland

Menjejak legenda Sampo di kampung halaman Santa, Finland!

Tori menjejakkan kaki ke Finland bersama Remi yang berhasrat bertemu Santa Claus walaupun dia sudah jemu menjadi pelindung Remi. Mereka terdengar kisah kehilangan sebuah khazanah berharga daripada oleg, orang yang menyambut kedatangan mereka di Finland. Tori dan Remi menjadikan pencarian khazanah yang melambangkan identiti masyarakat Finland itu sebagai misi mereka. Dapatkah Tori menemui khazanah itu dengan selamat? Mari ikuti pengembaraan Tori di Finland yang diselubungi salji putih, tasik cantik dan hutan tebal!

Kembara Khazanah Peru

Di manakah khazanah emas Inca?

Rahsia kuipu purba Inca baru sahaja ditafsirkan. Nampaknya ia seperti petunjuk pada khazanah emas Inca. Namun orang yang bertanggungjawab menterjemahkan kuipu sudah hilang. Selayaknya keturunan Inca sendiri mencari khazanah Inca tetapi siapa yang ingin membantu? Adakah kali ini Pang-Yi berjaya mencari khazanah berharga Inca sebelum jatuh ke tangan orang tidak bertanggungjawab?

Kembara Khazanah Poland

Kembara khazanah di tanah kelahiran Chopin, Poland!

Pada asalnya Do Tori menjejakkan kaki ke Poland untuk menghadiri Pertandingan Piano Chopin Antarabangsa, tetapi terjebak dalam kembara khazanah setelah ditunjuk sebuah diari misteri oleh sahabat penanya. Dengan klu tersembunyi di tapak tinggalan sejarah Perang Dunia Kedua, kembara ini membawanya jauh menyelami nilai estetika budaya dan sejarah Poland. Ikuti kembara Tori diiringi melodi indah Chopin dan orang kerdil!

Kembara Khazanah Taiwan

Saingan menjejak jed lagenda!

Pang-Yi dan Tori dijemput ke Taiwan untuk mencari skrin jed Zheng Chenggong tanpa mengetahui mereka dijemput atas tujuan yang sama secara berasingan. Kedua-dua mereka secara tidak sengaja terperangkap dalam persengketaan keluarga. Namun memburu khazanah dengan satu-satunya dari legenda bukan tugas mudah. Adakah skrin jed ini wujud? Jika benar ia wujud, siapakah berjaya menemuinya?

Kembara Khazanah Republik Czech

Pencarian legasi yang hilang!

Mimpi ngeri Do Tori yang sering dialami membawanya jauh ke Republik Czech. Setibanya di sana dia bertemu dengan Katherine dan Karel yang mencari legenda batu hikmat. Kemudian Tori menyedari dia sebenarnya sedang menjejak petunjuk rahsia legenda dan sejarah Czech. Apakah khazanah dan bahaya yang bakal ditemui?