Keris
Keris

Keris

Keris (jawi; كريس) ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao) dan Brunei. Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanao, kedutan di Bali dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal daripada bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada patung orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.[1][Note 1]Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.Keris berasal dari Pulau Jawa dan gambaran keris terdapat di Candi Borobudur[2] [3] dan menyebar ke seluruh Nusantara. Keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa kesaktian oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.[4]Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.Keris Indonesia telah terdaftar di UNESCO sebagai Warisan Budaya Dunia Non-Bendawi Manusia sejak 2005.[2]

Rujukan

WikiPedia: Keris http://silat.8m.com/senjata.html http://tamingsaripurba.blogspot.com http://hulubalang-lagenda.tripod.com/keris.html http://books.google.com.my/books?id=MVoZGA2yfywC&p... http://books.google.com.my/books?id=d_jXAAAAMAAJ&q... http://www.mishafbisnes.com.my/krafmelayu/keris.ht... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=aring+keris+k... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=balang+keris+... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=batir+keris+k... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=besi+pamor+ka...