Kesatuan_Negara-Negara_Amerika_Selatan

[Union of South American Nations] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (Inggeris)
[Unión de Naciones Suramericanas] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (Sepanyol)
[União de Nações Sul-Americanas] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (Portugis)
[Unie van Zuid-Amerikaanse Naties] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (Belanda)
Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan (Bahasa Inggeris: Union of South American Nations, Bahasa Belanda: Unie van Zuid-Amerikaanse Naties, Bahasa Portugis: União de Nações Sul-Americanas, Bahasa Sepanyol: Unión de Naciones Suramericanas, singkatan: UNASUR dan UNASUL) ialah sebuah kesatuan supranasional dan antara kerajaan yang bakal menggabungkan dua kesatuan perdagangan serantau Amerika sedia ada, iaitu Mercosur dan Komuniti Andes, sebagai sebahagian proses integrasi Amerika Selatan yang berterusan berteraskan Kesatuan Eropah.Perjanjian Konstitutif UNASUR ditandatangani pada 23 Mei 2008 pada Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Ketiga di Brasília, Brazil. [1] Menurut perjanjian berkenaan, ibu pejabat Kesatuan terletak di Quito, Ecuador. Parlimen Amerika Selatan pula terletak di Cochabamba, Bolivia, sementara banknya, iaitu Bank Selatan (Bahasa Inggeris: Bank of the South, Bahasa Belanda: Bank van het Zuiden, Bahasa Portugis: Banco do Sul, Bahasa Sepanyol: Banco del Sur), terletak di Bogota, Colombia.[2] Nama asal Kesatuan ini, iaitu Komuniti Negara-negara Amerika Selatan (Bahasa Inggeris: South American Community of Nations, Bahasa Belanda: Zuid-Amerikaanse Statengemeenschap, Bahasa Portugis: Comunidade Sul-Americana de Nações, Bahasa Sepanyol: Comunidad de Naciones Sudamericanas), atau singkatannya CSN, digugurkan pada Sidang Kemuncak Tenaga Amerika Selatan Pertama pada 16 April 2007.[3]