Kochikame
Maitsuki Taise Rekushon
Gatsu Kyoku Chō Selection
Konbini Tokushū Genteiban
Getsurei Tokusen Choice!
Gatsu Ichi Gokujō Choice!!
Kochikame Gold
Kochikame Hit Parade!!
Kyokusen Tsuāzu!!
Kochira Katsushika-ku Kameari Kōen Mae Hashutsujo (こちら葛飾区亀有公園前派出所, "Inilah Balai Polis di Hadapan Taman Kameari di Daerah
Katsushika"), juga dikenali sebagai
Kochikame (こち亀), ialah sebuah
manga komedi karya
Osamu Akimoto. Manga Kochikame sudah sekian lama disirikan dalam majalah
Weekly Shōnen Jump selama lebih 1,600 bab sejak September 1976,
[1][2], menjadikannya siri manga yang paling lama bersiaran dalam sejarah. (
Golgo 13 dan
Doraemon mula diterbtkan lebih awal, tetapi tidak disirikan secara berterusan). Setakat jilid 170, siri ini telah dijual mencecah 135 juta salinan.
[3]Manga ini juga diadaptasikan menjadi siri
anime terbitan
Studio Gallop, yang disiarkan ke seluruh
Jepun oleh saluran
televisyen satelit Animax, dan juga
Fuji Television, di samping juga dua filem animasi, sebuah filem lakonan sebenar, drama pentas, dan juga sebuah siri TV lakonan sebenar. Kochikame berlatarkan sebuah balai polis perumahan (
kōban) di pusat bandaraya
Tokyo dan kawasan sekitarnya pada masa kini, yang mengisahkan seorang polis cemerkap yang bernama Kankichi Ryotsu (Ryo-san).