Kor_Marin_Amerika_Syarikat
Kor_Marin_Amerika_Syarikat

Kor_Marin_Amerika_Syarikat

Kor Marin Amerika Syarikat (Bahasa Inggeris:United States Marine Corps) merupakan satu cabang dari Angkatan Tentera Amerika Syarikat yang bertanggungjawab untuk memberikan kekuatan perang dari arah laut dengan menggunakan kelengkapan Tentera Laut Amerika Syarikat bagi mengatur gerak pasukan tempur dengan pantas ke kawasan bergolak di dunia. Dari segi pentadbiran, Kor Marin diletakan bersama-sama dengan Tentera Laut A.S di bawah pengawasan Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat. Walaupun Kor Marin bekerja rapat dengan Tentera Laut A.S dari segi latihan, pengangkutan dan logistik, kedua-dua pasukan ini merupakan merupakan cabang yang bebas antara sama lain di dalam Angkatan Tentera A.S.

Kor_Marin_Amerika_Syarikat