Ekonomi Kota_Surabaya

Sebagai kota metropolitan, Surabaya merupakan pusat kegiatan ekonomi di daerah Jawa Timur dan sekitarnya. Sebahagian besar penduduknya bergiat dalam sektor-sektor perdagangan, perindustrian, dan perkhidmatan. Banyak perusahaan besar yang berpusat di Surabaya, umpamanya PT Sampoerna Tbk, Maspion, Kumpulan Wing, Unilever, dan PT PAL. Kawasan perindustrian di Surabaya termasuk SIER (Rungkut) dan Margomulyo.

Surabaya mempunyai banyak kawasan membeli-belah serta puluhan pasar raya yang besar. Pusat membeli-belah moden yang ternama termasuk: Plaza Tunjungan, Pusat Perdagangan Pakuwon dan Supermal Pakuwon Indah (dalam satu bangunan), Medan Persiaran Golden City (Carrefour), ITC, Persimpangan Bubutan, Plaza Royal, Mal Galaxy, Plaza Marina (dahulu Sinar Montana), serta Plaza Surabaya (lebih dikenali sebagai Delta Plaza oleh masyarakat Surabaya).

Pusat membeli-belah tradisional yang ternama termasuk Pasar Turi, Pasar Atom, dan Pusat Perdagangan Darmo (DTC) yang dahulunya dipanggil Pasar Wono Kromo.