Pengangkutan Kota_Surabaya

Surabaya merupakan pusat pengangkutan darat di bahagian timur Pulau Jawa kerana lokasinya pada persimpangan sejumlah jalan raya yang menghubungkan Surabaya dengan kota-kota yang lain. Jalan tol termasuk jalan-jalan raya Surabaya-Gresik, Surabaya-Waru-Gempol, dan Waru-Lapangan Terbang Juanda.

Jambatan Suramadu kini sedang dibina untuk menghubungkan Surabaya dengan Pulau Madura dan apabila disiapkan, ia akan merupakan jambatan yang terpanjang di Indonesia. Pada saat ini, rancangan pembinaan jalan tol di kota Lintas Tengah dan Lintas Timur telah dikaji untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dengan jalan tol Surabaya-Mojokerto-Kertosono akan dibina dengan segera.

Pengangkutan dalam kota dilayani oleh teksi, bas kota (baik berhawa angin mahupun tidak), kenderaan kota (lebih dikenali sebagai Bemo ), angguna (seperti teksi namun tanpa hawa dingin, dan memiliki bentuk yang khas), dan beca (meskipun penggunaannya kini semakin terhad). Surabaya memiliki sejumlah perhentian di dalam kota, antaranya Joyoboyo, Bratang, dan Jambatan Merah.

Untuk pengangkutan wilayah, terdapat sistem alihan rel yang menghubungkan Surabaya-Sidoarjo-Porong, Surabaya-Gresik-Lamongan dan pada saat ini, juga dikembangkan laluan Surabaya-Mojokerto-Jombang. Monorel juga akan dirancang, seperti yang sedang dikembangkan di Jakarta. Monorel Surabaya yang dirancang akan mengikut laluan Ujung (Perak)-Bundaran Waru.

Bas

Perhentian Bas Purabaya, lebih dikenali sebagai "Bungurasih", merupakan perhentian bas yang tersibuk di Indonesia serta juga perhentian bas yang terbesar di Asia Tenggara, dengan jumlah penumpang sehingga 120,000 orang setiap hari. Perhentian ini melayani laluan-laluan jarak dekat dan sederhana, antaranya Surabaya-Malang-Blitar, Surabaya-Kediri-Trenggalek, Surabaya-Madiun-Yogyakarta, Surabaya-Semarang, dan Surabaya-Jember-Banyuwangi, serta juga laluan jarak jauh yang termasuk perjalanan ke Bali/Lombok, Jakarta, dan Sumatera.

Perhentian Bas Tambak Osowilangun melayani perjalanan jarak dekat dan sederhana ke utara seperti laluan-laluan Surabaya-Bojonegoro-Cepu dan Surabaya-Tuban.

Kereta api

Kota Surabaya dihubungkan dengan sejumlah kota di Pulau Jawa melalui landasan kereta api. Empat buah stesen kereta apinya yang besar ialah:

  1. Stesen Wonokromo
  2. Stesen Surabaya Gubeng
  3. Stesen Surabaya Kota
  4. Stesen Surabaya Pasar Turi.

Landasan kereta api yang merentasi Kota Surabaya termasuk landasan-landasan Surabaya-Malang-Blitar, Surabaya-Kertosono-Blitar, Surabaya-Bojonegoro-Cepu, Surabaya-Jember-Banyuwangi, Surabaya-Yogyakarta-Purwokerto, Surabaya-Bandung, Surabaya-Yogyakarta-Jakarta, dan Surabaya-Semarang-Jakarta.

Kapal terbang

Surabaya tidak memiliki lapangan terbang sendiri. Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda yang terletak di sebelah selatan kota Surabaya (wilayah Kabupaten Sidoarjo) melayani keperluan pengangkutan udaranya.