Kuda_Terbang_(buruj)
Kuda_Terbang_(buruj)

Kuda_Terbang_(buruj)

Kuda Terbang atau Pegasus (Peg) ialah sebuah buruj di langit utara, dinamai sempena Pegasus sang kuda bersayap dalam mitologi Yunani. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden.Dengan magnitud ketara yang berubah-ubah antara 2.37 dengan 2.45, bintang tercerah dalam Kuda Terbang ialah bintang raksasa super jingga Epsilon Pegasi, juga dikenali sebagai Enif, yang menandakan muncung kuda ini. Alpha (Markab), Beta (Scheat), dan Gamma (Algenib), bersama-sama dengan Alpha Andromedae (Alpheratz atau Sirrah) membentuk asterisme yang lebih besar yang dikenali sebagai Segi Empat Sama Pegasus. Dua belas sistem bintang telah ditemui mempunyai planet luar suria.

Kuda_Terbang_(buruj)

Bintang utama 9, 17
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) 5
Bintang dalam 10.00 pc(32.62 ly) 3
Objek Messier 1
Bintang Bayer/Flamsteed 88
Sebutan /pegasus/,
genitif /pegasi/
Bintang terhampir EQ Peg
(20.38 tc, 6.25 pc)
Bintang dengan planet 12
Nama Latin Pegasus
Genitif Pegasi
Pancuran meteor
Pancuran Kuda Terbang Julai
Singkatan Peg
Keluasan 1121 darjah persegi (ke-7)
Keserongan +2.33° hingga +36.61°[1]
Bintang paling terang ε Peg (Enif) (2.38m)
Keluarga Perseus
Buruj bersempadan
Simbolisme Kuda Bersayap / Pegasus
Jarak hamal 21j 12.6m hingga 00j 14.6m[1]
Sukuan NQ4