Jenis Kuih_bakul

Kuih bakul Shanghai

Dalam masakan Shanghai

Jenis Shanghai biasanya dibungkus dalam batang yang tebal dan lembut agar dihiris atau dibungkus selepas dihiris, lalu sama ada dikacau goreng atau dicampur ke dalam sup. Bergantung kepada kaedah pemasakannya, gaya ini menghasilkan jenis yang lembut dan kenyal. Gaya Shanghai ini memastikan warna kuih bakul putih, iaitu ciri-ciri yang paling nyata.

Aapbila dihidangkan, kaedah yang paling biasa ialah kaedah kacau goreng, maka namanya "kuih bakul goreng" (炒年糕, pinyin: chǎo nián gāo). Terdapat tiga jenis yang biasa: yang pertama ialah hidangan enak yang ramuannya termasuk daun bawang, daging lembu, daging babi, kubis dsb; yang kedua ialah jenis manis yang menggunakan gula putih biasa; dan yang terakhir ialah jenis tawar yang selalu dimakan kerana teksturnya yang kenyal.


Kuih bakul Guangdong

Dalam masakan Kantonis

Jenis Guangdong pula dimaniskan, biasanya dengan gula perang, dengan warna kuning tuanya yang menonjol. Adunannya dituang ke dalam bekas kek dan dikukus sekali lagi untuk mengukuhkan adukannya. Adukan itu dikukus sehingga pejal dan dihidangkan dalam bentuk hirisan tebal. Kuih bakul ini menjadi tegang dan amat melekit. Kuih bakul ini boleh dimakan begitu sahaja, dan juga boleh dihidangkan sebagai puding yang berperisa air mawar atau adunan kacang merah.

Langkah seterusnya yang tidak semestinya dilakukan adalah menggoreng dengan kuali untuk membentuk "kuih bakul goreng kuali" (煎年糕, Jyutping: zine1 nin4 gou1, pinyin: jiān nián gāo). Apabila goreng, kuih menjadi sedikit rangup di luaran, dan kekal melekit di dalam. Ketika Tahun Baharu Cina, kuih ini dipotong kepada kepingan segi empat dan disajikan bersama hidangan dim sum kuih yang serupa seperti kuih taro dan kuih berangan.

Asia Tenggara

Nian gao (年糕) or thnii kuih (甜棵) (loghat Hokkien POJ: tiⁿ-kóe) atau tiam kuih (甜棵) (loghat Teochew/Chaozhou) dihidangkan untuk meraikan perayaan Tahun Baharu Cina oleh masyarakat Cina di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia and Thailand.

Disebabkan keadaan kuih ini yang kenyal dan kental, ianya dapat tahan disimpan lama sampai berbulan-bulan sekirannya disimpan atau disejukbeku dengan baik untuk dimakan lagi. Kuih bakul selalunya digoreng bersama-sama dengan ubi atau keledek. Sebagai ramuan sup, kuih bakul dicelup dan direbus untuk pelbagai jenis sup yang menggunakan kuih ini.

Di Indonesia, kuih ini yang disebut sebagai 'kue keranjang'. Ia amat terkenal dihasilkan di beberapa kota termasuk Tangerang, Bogor,[7] Sukabumi dan Yogyakarta[8] terutamanya semasa perayaan Tahun Baharu Cina.

Budaya lain

Japan dan Korea juga ada makanan pulut serupa yang tersendiri, masing-masing bernama mochi dan tteok.

Dua lapisan kuih bakul dengan isian adunan kacang merah yang manis.