Kuini
Kuini

Kuini

Kuini, nama saintifiknya ialah Mangifera odorata[1] merupakan spesies tumbuhan dalam keluarga Anacardiaceae dan menyerupai mangga. Kuini terdapat di Guam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam.Kuini atau Mangifera odorata berasal dari Asia tropika, khususnya Malaysia Barat. Buah ini berwarna oren terang dan apabila masak manis berair. Pokok ini mempunyai ciri yang berbeza, iaitu mengeluarkan bau resin wangi. Pokok kuini berbunga sepanjang tahun dan bunganya juga amat harum. Getah pada buah Kuini yang belum masak adalah beracunKuini (Mangifera odorata) yang biasa ditemui di hutan Malaysia Timur (Borneo) mempunyai bentuk sfera, hampir bulat, hijau gelap dan hijau apabila masak. Ia mempunyai bau yang kuat yang boleh dikesan dari jauh.