Laluan_MRT_Bulatan
Laluan_MRT_Bulatan

Laluan_MRT_Bulatan

Laluan Bulatan[1] (Bahasa Inggeris: Circle Line, CCL) ialah laluan Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) keempat di Republik Singapura. Laluan kereta api bawah tanah sepenuhnya ini mempunyai kepanjangan 35.5 kilometer (22.1 mi) dengan 30 buah stesen dari Dhoby Ghaut hingga ke HarbourFront (tidak termasuk Bukit Brown). Satu laluan susur (lanjutan laluan Circle) menghubungkan Promenade dengan Teluk Marina melalui Bayfront. Laluan Circle ialah laluan kedua di Singapura yang beroperasi secara automatik dan tanpa pemandu sepenuhnya, dan ia antara laluan alihan laju tanpa pemandu terpanjang di dunia.[2]Laluan Circle merupakan laluan bermuatan sederhana pertama di Singapura. Sebagai laluan jenis tersebut, setiap kereta api bagi laluan Circle mempunyai konfigurasi tiga gerabak berbanding enam gerabak seperti yang terdapat pada laluan–laluan MRT yang lain (kecuali laluan Downtown). Sehingga Mei 2015, jumlah perjalanan penumpang hariannya adalah seramai 398,000 orang.[3]Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan Circle ditunjukkan dengan warna jingga (    ) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta kod "CC" atau "CE".

Laluan_MRT_Bulatan

Sistem Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)
Status Beroperasi
Dalam pembinaan (Tahap 6)
Pemilik Penguasa Pengangkutan Darat
Penumpang harian 398,000 (Mei 2015)
Pengelektrikan 750 V DC rel ketiga
Peta laluan
Peta laluan
Templat:Laluan MRT Singapura/Bulatan
Stesen 30 (Beroperasi)
3 (Dalam pembinaan)
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai
Terminal Dhoby Ghaut
Stadium (Kesemua kereta api yang bertolak dari Marina Bay akan berakhir di sini semasa waktu luar puncak)
HarbourFront
Marina Bay
Dibuka 28 Mei 2009; 10 tahun yang lalu (2009-05-28) (Tahap 3)
17 April 2010; 9 tahun yang lalu (2010-04-17) (Tahap 1 dan 2)
8 Oktober 2011; 8 tahun yang lalu (2011-10-08) (Tahap 4 dan 5)
14 Januari 2012; 8 tahun yang lalu (2012-01-14) (lanjutan Laluan Bulatan)
Panjang aliran 35.5 km (22.1 mi) (Beroperasi)
4 km (2.5 mi) (Dalam pembinaan)
Stok kereta api C830
C830C
C851E (Masa depan)
Depot Kim Chuan
Ciri Bawah tanah
Pengendali SMRT Trains (SMRT Corporation)
Nama lain Circle Line  (Bahasa Inggeris)
地铁环线 (Bahasa Cina)
இணைப்பு எம்ஆர்டி வழி (Bahasa Tamil)
Dirancang dibuka 2025; 5 tahun lagi (2025) (Tahap 6)
Akan ditentukan (Bukit Brown)
Jenis Transit aliran deras
Perkhidmatan 3
Kelajuan operasi had laju 78 km/h (48 mph)