Laluan_MRT_Downtown
Laluan_MRT_Downtown

Laluan_MRT_Downtown

Laluan Downtown[3] (Laluan Pusat Bandar) atau singkatannya DTL ialah laluan kereta api Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) di Republik Singapura. Ia telah dibina dalam 3 tahap; tahap 1 laluan mempunyai kepanjangan 4.3 kilometer (2.7 mi) dan telah dibuka pada 22 Disember 2013 manakala tahap 2 memulakan operasi pada 27 Disember 2015 dengan panjang laluan 16.6 kilometer (10.3 mi).[4][5] Kedua-dua tahap laluan tersebut mempunyai 18 buah stesen, yang bermula dari stesen Bukit Panjang hingga Chinatown. Tahap terakhir akan dibuka pada 21 Oktober 2017,[6][7] manakala lanjutan tahap 3 (DTL3e) akan disiapkan pada 2024.[8] Laluan ini akan menghubungkan kawasan barat laut dan tengah timur dengan pusat bandar Singapura.Laluan Downtown mempunyai hubungan pertukaran dengan laluan Utara Selatan di Chinatown dan Little India, laluan Timur Barat (di Bugis), laluan Circle (di Bayfront, Promenade dan Kebun Bunga), laluan Timur Laut (di Newton) dan laluan LRT Bukit Panjang di Bukit Panjang. Lanjutan akan datang laluan Downtown akan menambah hubungan pertukaran dengan laluan Timur Barat melalui Tampines dan Expo, laluan Circle di MacPherson dan laluan Thomson–Pantai Timur melalui Stevens dan Sungei Bedok.Aliran ini merupakan laluan kereta api sepenuhnya berada di bawah tanah yang ketiga di Singapura, menggunakan kereta api 3 gerabak dan laluan bermuatan rendah kedua selepas laluan Circle. Apabila siap sepenuhnya, aliran Downtown akan mempunyai panjang kira-kira 44 kilometer (27 mi) dengan 36 stesen dan dijangka akan memberi khidmat kepada lebih separuh juta pengguna setiap hari.[9] Ia juga akan menjadi laluan alihan laju terpanjang di Singapura yang beroperasi secara automatik[1] dan antara yang terpanjang di dunia. Perjalanan di antara hujung laluan ke hujung yang lagi satu mengambil masa kira-kira 70 minit. Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan Downtown ditunjukkan dengan warna biru (    )[2] dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta kod "DT".

Laluan_MRT_Downtown

Sistem Sistem Pengangkutan Gerak Cepat
Status Beroperasi
Dalam ujian (Tahap 3)
Dalam pembinaan (Tahap 3e)
Pemilik Penguasa Pengangkutan Darat
Penumpang harian 245,000 (Mei 2015)
Pengelektrikan 750 V DC rel ketiga
Stesen
  • 18 (Beroperasi)[1]
  • 16 (Dalam ujian)[1]
  • 2 (Dalam pembinaan)
Terminal
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8½ in) tolok piawai
Dibuka
  • 22 Disember 2013 (Tahap 1)
  • 27 Disember 2015 (Tahap 2)
  • 21 Oktober 2017 (Tahap 3)
Lokasi  Singapura
Panjang aliran 20.9 kilometer (13.0 mi) (Beroperasi)[1]
Stok kereta api C951/C951A
Depot
  • Gali Batu
  • Kim Chuan
  • Pantai Timur (akan datang)
Pengendali SBS Transit[2]
Nama lain
  • Downtown Line (Inggeris)
  • 市区线 (Cina)
  • டவுன்டவுன் வழி (Tamil)
Ciri Bawah tanah
Dirancang dibuka 2024 (Tahap 3e)
Nama asal Laluan MRT Downtown
Kelajuan operasi 80 km/h (50 mph)
Jenis Alihan laju
Perkhidmatan 1

Rujukan

WikiPedia: Laluan_MRT_Downtown http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/down... http://www.sgtrains.com/network-dtl.html http://www.sbstransit.com.sg/download/annDTL.pdf http://www.lta.gov.sg/apps/news/page.aspx?c=2&id=3... http://www.lta.gov.sg/content/ltaweb/en/public-tra... http://www.lta.gov.sg/content/ltaweb/en/public-tra... http://www.lta.gov.sg/content/ltaweb/en/public-tra... https://web.archive.org/web/20140703122517/http://... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Mass_R... https://www.lta.gov.sg/apps/news/page.aspx?c=2&id=...