Laluan_MRT_Circle
Laluan_MRT_Circle

Laluan_MRT_Circle

(Waktu puncak: Sesetengah kereta api akan berakhir disini apabila kereta api bertolak dari HarbourFront)Laluan Circle[1] (Laluan Lingkaran) atau singkatannya CCL ialah laluan Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) keempat di Republik Singapura. Laluan kereta api bawah tanah sepenuhnya ini mempunyai kepanjangan 35.5 kilometer (22.1 mi) dengan 30 buah stesen dari Dhoby Ghaut hingga ke HarbourFront (tidak termasuk Bukit Brown). Satu laluan susur (lanjutan laluan Circle) menghubungkan Promenade dengan Teluk Marina melalui Bayfront. Laluan Circle ialah laluan kedua di Singapura yang beroperasi secara automatik dan tanpa pemandu sepenuhnya, dan ia antara laluan alihan laju tanpa pemandu terpanjang di dunia.[2]Laluan Circle merupakan laluan bermuatan sederhana pertama di Singapura. Sebagai laluan jenis tersebut, setiap kereta api bagi laluan Circle mempunyai konfigurasi tiga gerabak berbanding enam gerabak seperti yang terdapat pada laluan–laluan MRT yang lain (kecuali laluan Downtown). Sehingga Mei 2015, jumlah perjalanan penumpang hariannya adalah seramai 398,000 orang.[3]Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan Circle ditunjukkan dengan warna jingga (    ) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta kod "CC" atau "CE".

Laluan_MRT_Circle

Sistem Sistem Pengangkutan Gerak Cepat
Status Beroperasi
Dalam perancangan (Tahap 6)
Pemilik Penguasa Pengangkutan Darat
Penumpang harian 398,000 (Mei 2015)
Pengelektrikan 750 V DC rel ketiga
Stesen 33 (tidak termasuk Bukit Brown)
Terminal
  • Dhoby Ghaut
  • Stadium (Luar waktu puncak: Semua kereta api akan berakhir disini apabila kereta api bertolak dari Marina Bay)

  • HarbourFront
  • Marina Bay (Luar waktu puncak: Semua kereta api berakhir disini apabila kereta api bertolak dari Stadium)

(Waktu puncak: Sesetengah kereta api akan berakhir disini apabila kereta api bertolak dari HarbourFront)

Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8½ in) tolok piawai
Dibuka
  • 28 Mei 2009 (Tahap 3)
  • 17 April 2010 (Tahap 1 dan 2)
  • 8 Oktober 2011 (Tahap 4 dan 5)
  • 14 Januari 2012 (Lanjutan laluan)
Lokasi  Singapura
Panjang aliran 35.5 km (22.1 mi)
Stok kereta api
Pengendali SMRT Trains (SMRT Corporation)
Nama lain
Ciri Bawah tanah
Dirancang dibuka 2025 (Tahap 6)
Perkhidmatan 3
Nama asal Laluan MRT Circle
Kelajuan operasi 78 km/h (48 mph)
Jenis Alihan laju