Laluan_MRT_Pusat_Bandar
Laluan_MRT_Pusat_Bandar

Laluan_MRT_Pusat_Bandar

Laluan Pusat Bandar (Bahasa Inggeris: Downtown Line, DTL) ialah laluan kereta api Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) di Singapura. Ia telah dibina dalam 3 tahap; tahap 1 laluan mempunyai kepanjangan 4.3 kilometer (2.7 mi) dan telah dibuka pada 22 Disember 2013 manakala tahap 2 memulakan operasi pada 27 Disember 2015 dengan panjang laluan 16.6 kilometer (10.3 mi).[4][5] Kedua-dua tahap laluan tersebut mempunyai 18 buah stesen, yang bermula dari stesen Bukit Panjang hingga Chinatown. Tahap terakhir akan dibuka pada 21 Oktober 2017,[6][7] manakala lanjutan tahap 3 (DTL3e) akan disiapkan pada 2024.[8] Laluan ini akan menghubungkan kawasan barat laut dan tengah timur dengan pusat bandar Singapura.Laluan Pusat Bandar mempunyai hubungan pertukaran dengan laluan Utara Selatan di Chinatown dan Little India, laluan Timur Barat (di Bugis), laluan Circle (di Bayfront, Promenade dan Kebun Bunga), laluan Timur Laut (di Newton) dan laluan LRT Bukit Panjang di Bukit Panjang. Lanjutan akan datang laluan Pusat Bandar akan menambah hubungan pertukaran dengan laluan Timur Barat melalui Tampines dan Expo, laluan Circle di MacPherson dan laluan Thomson–Pantai Timur melalui Stevens dan Sungei Bedok.Aliran ini merupakan laluan kereta api sepenuhnya berada di bawah tanah yang ketiga di Singapura, menggunakan kereta api 3 gerabak dan laluan bermuatan rendah kedua selepas laluan Circle. Apabila siap sepenuhnya, aliran Pusat Bandar akan mempunyai panjang kira-kira 44 kilometer (27 mi) dengan 36 stesen dan dijangka akan memberi khidmat kepada lebih separuh juta pengguna setiap hari.[9] Ia juga akan menjadi laluan alihan laju terpanjang di Singapura yang beroperasi secara automatik[1] dan antara yang terpanjang di dunia. Perjalanan di antara hujung laluan ke hujung yang lagi satu mengambil masa kira-kira 70 minit. Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan Pusat Bandar ditunjukkan dengan warna biru (    )[3] dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta kod "DT".

Laluan_MRT_Pusat_Bandar

Sistem Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)
Status Beroperasi (Tahap 1, 2 & 3)
Dalam pembinaan (Tahap 3e)
Dalam perancangan (Hume, lanjutan Tahap 2)
Pemilik Penguasa Pengangkutan Darat
Penumpang harian 477,000 (2019)[2]
Pengelektrikan 750 V DC Rel ketiga
Peta laluan
Peta laluan
Stesen 34 (Beroperasi) [1]
2 (Dalam pembinaan)
3 (Dalam perancangan)
Terminal Bukit Panjang
Sungei Kadut (pertengahan 2030-an)
Expo
Sungei Bedok (2024)
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai
Dibuka 22 Disember 2013; 6 tahun yang lalu (2013-12-22) (Tahap 1)
27 Disember 2015; 4 tahun yang lalu (2015-12-27) (Tahap 2)
21 Oktober 2017; 2 tahun yang lalu (2017-10-21) (Tahap 3)
Panjang aliran 41.9 km (26.0 mi) (Beroperasi)[1]
2.2 km (1.4 mi) (Dalam pembinaan)
Stok kereta api C951/C951A
Depot Gali Batu
Tai Seng
East Coast (Masa depan)
Pengendali SBS Transit DTL (ComfortDelGro Corporation)[3]
Nama lain Downtown Line  (Bahasa Inggeris)
滨海市区地铁线  (Bahasa Cina)
டவுன்டவுன் எம்ஆர்டி வழி  (Bahasa Tamil)
Ciri Bawah tanah
Dirancang dibuka 2024; 4 tahun lagi (2024) (Tahap 3e)
2025; 5 tahun lagi (2025) (Hume)
pertengahan 2030-an (lanjutan Tahap 2)
Kelajuan operasi had laju 80 km/h (50 mph)
Jenis Transit aliran deras
Perkhidmatan 1

Rujukan

WikiPedia: Laluan_MRT_Pusat_Bandar http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/down... http://www.sgtrains.com/network-dtl.html http://www.sbstransit.com.sg/download/annDTL.pdf http://www.lta.gov.sg/apps/news/page.aspx?c=2&id=3... http://www.lta.gov.sg/content/ltaweb/en/public-tra... http://www.lta.gov.sg/content/ltaweb/en/public-tra... http://www.lta.gov.sg/content/ltaweb/en/public-tra... https://web.archive.org/web/20140703122517/http://... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Mass_R... https://www.businesstimes.com.sg/companies-markets...