Takrifan Laut

    Maklumat selanjutnya: Senarai laut
Sistem saling hubung lautan dunia.

Laut ialah sistem saling hubung semua perairan lautan Bumi, termasuk lima buah "lautan" ternama, Lautan-Lautan Atlantik, Pasifik, Hindi, Selatan dan Artik.[1] Perkataan "laut" digunakan dalam nama jasad air laut tertentu dan lebih kecil, seperti Laut Utara atau Laut Merah. Tiada pembezaan tegas antara laut dengan lautan, tetapi laut adalah lebih kecil, dan disempadani oleh daratan secara separa (sebagai laut pinggir) atau sepenuhnya (sebagai laut pedalaman),[2] pada skala lebih kecil daripada seperti Lautan Atlantik. Walau bagaimanapun, Laut Sargasso tidak mempunyai garis pinggir laut dan terletak di dalam arus bulat, Gir Atlantik Utara.[3](p90) Laut secara amnya lebih besar daripada tasik dan mengandungi air masin, tetapi Laut Galilee merupakan tasik air tawar.[4][lower-alpha 1] Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut menyatakan bahawa semua lautan ialah "laut".[8][9][lower-alpha 2]

Rujukan

WikiPedia: Laut http://www.antarctica.gov.au/about-antarctica/envi... http://www.bom.gov.au/tsunami/info/index.shtml http://www.ga.gov.au/marine/bathymetry.html http://www.gbrmpa.gov.au/our-partners/traditional-... http://museum.wa.gov.au/research/research-areas/ma... http://www.abc.net.au/news/2013-08-14/no-evidence-... http://ir.anet.ua.ac.be/irua/handle/10067/38167015... http://www.arctic.uoguelph.ca/cpe/environments/mar... http://homepage.usask.ca/~jrp638/CourseNotes/OdSum... http://www.abc-of-skiing.com/water-skiing/discipli...