Trivia Liga_Juara-Juara_UEFA_2007-08

Bahagian trivia adalah tidak digalakkan di bawah garis panduan Wikipedia.
Rencana ini boleh diperbaiki dengan menyatukan bahan relevan dan membuang bahan yang kurang sesuai.
  • Kemenangan Liverpool 8–0 ke atas Beşiktaş di Anfield pada 6 November 2007 menjadi kemenangan terbesar dalam era Liga Juara-Juara UEFA.
  • Filippo Inzaghi menggantikan Gerd Müller sebagai penjaring terbanyak kejohanan kelab-kelab Eropah apabila beliau menjaringkan golnya yang ke-63 dalam kejohanan kelab-kelab Eropah , pada perlawanan antara AC Milan dan Celtic pada 4 Disember yang menyaksikan AC Milan menang 1-0. Beliau juga adalah penjaring terbanyak dalam kalangan pemain Itali dalam sejarah kejohanan kelab-kelab Eropah, yg telah menjaringkan 34 daripada 63 golnya untuk kelabnya iaitu AC Milan.
  • Marco Ballotta penjaga gol Lazio menjadi pemain tertua yang pernah bermain dalam Liga Juara-Juara UEFA ketika dia diturunkan dalam perlawanan menentang Real Madrid pada 11 Disember 2007. Berumur 43 tahun, beliau 3 tahun lebih tua daripada pemegang rekod terdahulu, Alessandro Costacurta, yang berumur 40 ketika bermain untuk AC Milan menentang AEK Athens pada November 2006.
  • Dynamo Kyiv gagal memperoleh sebarang mata di dalam Kumpulan F, menjadikan mereka kelab yang ke-7 yang menghabiskan peringkat kumpulan tanpa sebarang mata. Pasukan lain yang gagal memperoleh sebarang mata pada peringkat pertama kumpulan ialah Košice (1997-98), Fenerbahçe (2001-02), Spartak Moscow (2002-03), Anderlecht (2004-05), Rapid Wien (2005-06), and Levski Sofia (2006-07).
  • Fenerbahçe berjaya ke peringkat suku akhir Piala Eropah buat kali pertama dalam sejarah kelab itu. Mereka adalah pasukan kedua dari Turkish yang layak ke peringkat suku akhir dalam era Liga Juara-juara UEFA. Selainnya adalah Galatasaray semasa 2000-01.
  • Schalke 04 layak untuk suku akhir kejohanan ini buat pertama kali sejak 1958-59.
  • Untuk empat tahun berturut-turut, juara bertahan disingkirkan dalam peringkat kedua. Sejak pengenalan peringkat kalah mati 16 pasukan dalam musim 2003-04, cuma AC Milan yang melepasi peringkat kedua namun tewas juga di suku akhir dalam 2003-04.
  • Kekalahan Sevilla melalui sepakan penalti kepada Fenerbahçe dalam peringkat kedua menyebabkan mereka disingkirkan buat pertama kali dalam kejohanan Eropah sejak 2004-05.
  • Kekalahan 0-2 AC Milan kepada Arsenal pada perlawanan kedua peringkat kedua merupakan kekalahan pertama kelab tersebut kepada lawan kelab Inggeris di San Siro.
  • Kemenangan di tempat sendiri bagi Manchester United yang telah menumpaskan Lyon pada perlawanan kedua, pusingan kalah mati pertama telah menyamai rekod Juventus yang telah mencatatkan 10 kemenangan di tempat sendiri berturut-turut di mana Juventus mencatatkannya antara 1995-96 dan 1997-98.

Rujukan

WikiPedia: Liga_Juara-Juara_UEFA_2007-08 http://www.uefa.com/competitions/ucl/fixturesresul... http://www.uefa.com/competitions/ucl/fixturesresul... http://www.uefa.com/competitions/ucl/fixturesresul... http://www.uefa.com/competitions/ucl/fixturesresul... http://www.uefa.com/competitions/ucl/fixturesresul... http://www.uefa.com/competitions/ucl/fixturesresul... http://www.uefa.com/competitions/ucl/fixturesresul... http://www.uefa.com/competitions/ucl/fixturesresul... http://www.uefa.com/competitions/ucl/fixturesresul... http://www.uefa.com/competitions/ucl/fixturesresul...