M101A1
M101A1

M101A1

Meriam Howitzer M101 adalah sejenis meriam jenis howitzer yang menjadi peralatan standard bagi tentera artileri Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II. Meriam ini digunakan di medan perang di Eropah dan Pasifik. Ia juga digunakan semasa Perang Vietnam.Meriam ini mula dikeluarkan dalam tahun 1941 dan digunakan menentang pasukan Tentera Jepun di Lautan Pasifik. Ia dengan cepat menjadi kegemaran kerana ketepatan mengenai sasaran dan kerana mempunyai kuasa tembakan yang kuat. Meriam ini boleh melontarkan peluru sejauh 11,200 meter menjadikan ia sesuai digunakan untuk membantu pasukan infantri. Ciri-ciri ini menyebabkan meriam jenis ini menjadi pilihan banyak negara selepas Perang Dunia II. Meriam ini juga digunakan semasa Perang Korea dan Perang Vietnam. Meriam ini ringan dan pengguna boleh bergantung harap menggunakannya. Meriam ini boleh digunakan dengan kadar tembakan yang tinggi, mencapai kadar 8 das tembakan dalam seminit. Kerana ia mudah digunakan, meriam ini boleh bertindak balas membantu pasukan infantri. Meriam ini boleh menggunakan peluru jenis HE, HEAT, WP, CHEM and ILLUM.

M101A1

Breech horizontal block
Tempat asal Amerika Syarikat
Kaliber 105 mm (4.13 inci)
Dihasilkan 1941-?
Tinggi 1.73 m (5.66 kaki)
Lebar 2.21 m (7.25 kaki)
Pengangkut jejak terpisah
Jarak tembakan maksimum 11,270 m (6.9 batu)
Berat 2,260 kg (4 980 lb)
Rekoil hidropneumatik, tetap, 42 inci
Perang Perang Dunia Kedua
Perang Korea
Perang Indochina Pertama
Perang Vietnam
Panjang 5.94 m (19.5 kaki)
Rentas 46°
Panjang laras 22 kaliber: 2.31 m (7.58 kaki)
Shel 105x372R
Digunakan oleh Amerika Syarikat
Bahamas
Kanada
Chile
Colombia
Croatia
Ecuador
Perancis
Guatemala
Indonesia
Jepun
Mexico
Paraguay
Peru
Uruguay
Negeri Vietnam
Serbia
Kemboja
Yugoslavia
Australia
Thailand
Myanmar
Republik China
banyak lagi
Ketinggian -5° hingga +66°
Halaju muncung 472 m/s (1,548 kaki/saat)
Pengeluar Rock Island Arsenal
Jenis Howitzer