Mahathir bin Mohamad
Mahathir bin Mohamad

Mahathir bin Mohamad

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Perdana Menteri Malaysia
Kabinet
Presiden UMNO
Insiden dan kontroversi
Pilihan Raya Umum
Dalam pembangkangDalam kerajaanKeluargaBukuTun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, IPA: [maˈhaðɪr bɪn moˈhamad]; dilahirkan pada 10 Julai 1925)[1][2][3] atau juga dikenali sebagai "Tun. M" ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia dan merupakan Perdana Menteri Malaysia ketujuh dan juga sebagai Ahli Parlimen Langkawi di Kedah. Beliau juga pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat di mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003) menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Dalam buku A Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya ialah 10 Julai 1925, tetapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).[4] Semasa pentadbirannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan daripada kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'[5]Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 bilamana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan daripada IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil[6] dikritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir[7] yang beliau nyatakan kecaman dan pujian ialah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak.[8]Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal[9] sebagai alternatif kepada Sistem Ekonomi Persendirian dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire).[10]Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang kerjaya politiknya)[11] terutama berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah).[12] Selain itu, beliau tidak dapat lari daripada tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia.Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.[13][14] Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin ketiga paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew dan Presiden Suharto dari Indonesia.[15] Beliau juga berkhidmat sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) dari tahun 2004 hingga 2016.Mahathir kekal sebagai tokoh politik aktif selepas bersara. Beliau menjadi pengkritik tinggi terhadap penggantinya yang dipilih Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2006 dan kemudiannya, Najib Razak pada 2015.[16] Anaknya Mukhriz Mahathir adalah Menteri Besar Kedah sehingga awal 2016. Pada 29 Februari 2016, Mahathir keluar dari UMNO memandangkan sokongan UMNO terhadap tindakan Perdana Menteri Najib Razak. Antara sebab lain ialah isu RM2.6bil dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).[17] Pada 9 September 2016, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah memberikan kelulusan terakhirnya untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru Mahathir Mohamad, menjadikannya parti politik rasmi. Mahathir menjadi pengerusi parti itu.[18] Pada 8 Januari 2018, Mahathir diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan untuk Perdana Menteri untuk pilihan raya 2018, dalam rancangan untuk mengampuni Anwar Ibrahim dan menyerahkan peranan kepadanya jika berjaya. Pada usia 94, beliau kini merupakan Perdana Menteri Malaysia yang tertua dan ketua negara atau kerajaan tertua di dunia.[19]

Mahathir bin Mohamad

Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Pembedahan
Didahului oleh Wan Sulaiman Wan Tam
Parti politik Perikatan-UMNO (1946-1974)
BN-UMNO (1974-2016)
PH-PPBM (2016-kini)
Saudara Aishah Mohamad (Kakak Tiri)
Habsah Mohamad (Kakak Kandung)
Murad Mohamad (Abang Tiri)
Rafeah Mohamad (Kakak Kandung)
Mashahor Mohamad (Abang Kandung)
Omar Mohamad (Abang Kandung)
Johora Mohamad (Kakak Tiri)
Mustafa Mohamad (Abang Tiri)
Mahadi Mohamad (Abang Kandung)
Tandatangan
Timbalan Musa Hitam (1981 - 1986)
Ghafar Baba (1986 - 1993)
Anwar Ibrahim (1993 - 1998)
Abdullah Ahmad Badawi (1998 - 2003)
Pekerjaan Ahli Politik, Menteri
Bapa Mohamad Iskandar
Profesion Doktor
Raja Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (1970 - 1975)
Sultan Yahya Petra (1975 - 1979)
Laman sesawang Official website
Anak-anak Marina
Mirzan
Melinda
Mokhzani
Mukhriz
Maizura (Anak Angkat)
Mazhar (Anak Angkat)
Hubungan Ismail Mohd Ali (Abang Ipar)
Kediaman Seri Perdana
Lahir (1925-07-10) 10 Julai 1925 (umur 94)
No. 18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Star, Kedah, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British (kini Malaysia)
Presiden Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Tun Hussein Onn
Anugerah Senarai
Kabinet Kabinet Mahathir ke-VII
Pasangan Tun Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali (k. 1956)
Majoriti 8,893
Ibu Wan Tempawan Wan Hanapi
Alma mater Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura
Digantikan oleh Yusof Rawa